KEPALA OTAK SILUMAN

1.5K 149 164
                                    

Anda menyusuli masuk ke dalam sebuah rumah kayu yang agak tersembunyi seusai René melangkah masuk.

Baiklah, anda terasa ruang di dalam rumah itu begitu suram. Hanya kosong. Namun ditengah-tengah ruang itu hanya terdapat satu sahaja meja. Meja kayu yang agak tua kelihatan.

Terus terang kata, tempat ini seram.

René pula hanya kelihatan tenang. Ada sesuatu yang dirancang ke?

René pula ketawa kecil melihat risau yang terpamer pada raut wajah anda.
"Jangan risau, dia kaya." Ujar René bersahaja.

Apakah?! Itu yang diperkatakan oleh René?! Anda tak risau tentang wang emas! Tapi anda risau tentang keselamatan anda!

"Lyno! Ini aku René! Keluarlah.." René tiba-tiba bersuara lantang.

"Lyno?" Anda berbisik perlahan. Siapa Lyno agaknya?

Suasana menjadi sunyi seketika sehinggalah kedengaran bunyi langkah yang datang daripada sebuah pintu.

"René?  Awalnya datang hari ni."  Seorang lelaki muncul di muka pintu.

Anda tergamam melihat penampilannya. Biji mata anda terbuntang luas. Siapa Lyno ni?! Dan kenapa René perlu bawa anda berjumpa dengannya?!

Lelaki itu... matanya merahnya. Merahnya menyala. Dan pada bibirnya terlihat satu rokok paip yang terselit. Apa yang lebih menyeramkan pada jari-jemarinya kelihatan berlumuran dengan darah?! Darah apa... ? Anda tak tahu.

"Bertenang..." Bisik René perlahan.

Lyno melangkah dan berhenti bertentangan dengan anda, dipisahkan dengan meja kayu.  "Jadi René, kau bawa seorang kawan?" Mata merahnya tajam merenung anda.

"Ya, dia perlukan wang emas. Jadi aku bawa dia jumpa dengan kau." Ujar René selamba.

"Apa?!" Anda tersentak.

"Apa? Bukan semalam kau setuju ke?"

"Tapi.." Anda gugup. Apahal? Tak sangka pula ini maksud René! Ya, memang betul anda bersetuju untuk menerima pertolongan René tapi tak sangka pula begini!

"Apa tapi-tapi? Perkenalkanlah diri kau!" René memberi arahan.

Anda kelam-kabut memperkenalkan diri anda.

Lelaki itu sekadar mengangguk dan tersenyum. Paip rokoknya diturunkan. Asap rokok sengaja dihembuskan pada wajah anda.

Tak guna! Sesak nafas anda dibuatnya.

"Gil Lyno Ghriogair. Panggil aku Lyno." Lelaki itu memperkenalkan dirinya. "Aku seorang siluman." Tambahnya lagi.

Mata merahnya masih kekal merenung anda. Warna mata yang merah adalah warna yang biasa buat bangsa siluman cuma anda sahaja terasa seram dengan warna matanya.

"Lyno, aku mula dulu. Dia kemudian." René memberitahu. Satu uncang syiling emas diletakkan di atas meja. "500 emas." René memberitahu.

Anda membuntangkan biji mata anda.  Apa?! Membuat pertaruhan wang emas?! Ini melampau!

Lyno menjongketkan keningnya. Lyno selamba meraba-raba pinggangnya dengan kesan tangan yang berdarah. Dia kata dia siluman tadi? Tapi macam tak siuman!

"1500 emas..." Lyno menawarkan harga yang lebih tinggi.

René tersenyum. Ini yang seronok buat pertaruhan dengan Lyno. Sentiasa menawarkan harga yang tinggi walapun dirinya menawarkan dengan harga yang rendah.

Tapi syaratnya, pertaruhan apa dan bagaimana semua ditentukan oleh Lyno.

"Jawab soalan aku. Kau betul semua wang di atas meja ini milik kau." Lyno memberi arahan. Paip rokoknya diturunkan.

"Soalannya?" René kelihatan begitu tenang.

"Di situ mereka ramai dilahirkan, Di situ juga mereka ramai menemui ajal." Lyno bertanya kepada René.

René bersiul panjang. Soalannya mencabar.

Apakah anda juga akan menjawab teka-tekinya?! 

"Di mana René." Lyno tersenyum.

"Kau tahu jawapannya?" René bertanya kepada anda.

"Err....?" Tanya aku ke.

"Jawapannya hospital." Jawab René.

"Ya, tepat." Siluman itu membuat muka bosan. Cepat pula René dapat jawab. Mungkin dia patut berikan yang lebih sukar.

"Terima kasih." René tersenyum. Kesemua uncang emas diatas meja diambil.

"Sekarang giliran kau pula. Semoga berjaya." Ucap René bersama seulas senyuman. "Aku tunggu kau di luar. Seraya itu René terus melangkah pergi.
"Apa?!" Anda tersentak. René tinggalkan anda dengan siluman ni.

"Aku tawarkan kau... 5000 emas.." Dua uncang besar diletakkan di atas meja.

Gila jumlahnya lebih besar!

"Dan tawaran kau mana?" Tanya Lyno. Rokok paipnya dilemparkan pada lantai. Asap dihembuskan. Mata merahnya merenung anda.

Aduhai..Seramlah lelaki depan anda ni. Anda tersengeh seperti kerang busuk. "Maaf, saya tak ada wang untuk membuat tawaran.

Lyno terdiam. Lantas ketawanya terburai keluar.

Baiklah. Ini seram. Anda mula risau. Apalah agaknya yang difikirkan di dalam kepala otak siluman ini!

"Tak apa.. jangan risau. Kalau tak ada wang emas nyawa pun boleh dijadikan sebagai wang emas." Ujar lelaki itu sambil ketawa.

"Apa?" Anda tersentak. Lyno bergurau kan?

Ktak!

Bunyi picu pistol ditarik kedengaran.

Muncung pistol tepat menyentuh dahi anda.

Wajah anda bertukar pucat.

"Jangan cuba untuk jerit atau lari. Kalau tidak aku akan mati." Ugutnya dalam satu bisikan. Mata merahnya tajam merenung anda.

"Jawab soalan aku. Jawapan kau betul... 5000 emas jadi milik kau. Jawapan kau salah... nyawa kau akan  jadi milik aku.."  Lelaki itu tersenyum sinis.

Anda meneguk air liur. Jantung anda berdegup kencang. "Baiklah... apa soalannya..." Tanya anda dalam nada berdebar.

"Tajamnya dia tidak mampu membunuh. Tajamnya pedang mampu membunuh. Tajamnnya pedang tidak mampu menikam batu. Tajamnya dia mampu menikam batu. Siapa dia?"

Baiklah, apa yang terlintas di minda anda? Tak ada apa-apa... Tidak. Kalau anda tidak jawab anda akan mati. Kalau anda menjerit atau lari juga anda akan mati. Dan anda tidak mahu mati!

Oh, René! Kenapa kau tinggalkan aku!!! Hati anda membentak.

"Cepat... teka...."  Ujar Siluman itu lagi sekali.

Baiklah, anda berfikir dengan bersusah payah. Lama anda fikirkannya Akhirnya anda memberitahu jawapannya....

Sila tinggalkan jawapan anda beserta penjelasan di ruangan komen.

P:s pembaca pertama yang jawab dengan betul sebelum penulis dedahkan jawapan boleh request lukisan daripada penulis.

DUNIA GHAIS LAVANARKWhere stories live. Discover now