ELHAQ 1

12.1K 455 5
                                    

Bos besar panggil. El keluh kecil. Pasal apa pula kali ni?

"Miss, Bos panggil..."

El yang sempat termenung depan bilik bos angguk pada setiausaha bos. Pintu yang terbuka luas diketuk perlahan.

"Masuk Heliza." Suara garau bos dibalas dengan anggukan. Tuan Haji yang sangat berkaliber baginya. Malah sikap rendah diri dan peramah bos besar itu memudahkan perjalanan kerja dia.

"Anything bos?"

Tuan Haji tersenyum kecil. Kenal benar perangai pekerjanya satu ni. Susah betul nak bawa berbual biasa. Yang ditahunya hanya kerja semata-mata. Sayang sungguh hidup muda seorang Heliza dipersiakan sampai tu sekali.

"Saya nak kenalkan pengarah urusan baru kita. Come and have a seat."

Saat itu mata El memandang susuk tubuh yang masih membelakanginya. Entah kenapa tiba-tiba saja hati resah melihat belakang lelaki itu.

El cuba untuk bertenang. Tapi hati macam nak tercabut keluar. Tiba-tiba aje tak sedap hati ni.

Garang sangat ke pengarah urusan baru ni?

"Haq. Ni Heliza. Our Chief of Finance. Heliza ni anak saya. Eman Haq..."

Mulut El terngangga. Nama tu! Walaupun belum tengok rupa tapi dia tidak pernah lupa sebaris nama unik itu. Mata dikali pada lelaki yang duduk memandangnya. Tenang wajah itu tidak mampu menghilangkan debar di hati.

Eman Haq?

Ya Allah! Terketar-ketar tangannya. El tidak tahu lagi nak tunjuk reaksi apa pada dua lelaki itu. Mujur dia sudah pun duduk di kerusi. Kalau tak confirm terjelepok atas lantai!

"Hai El..."

"Oh! Haq kenal Heliza?" Tuan haji Baktiar saja bertanya. Siap panggil nama samaran lagi. Di pejabat ni tiada seorang pun berani panggil gadis itu selain panggilan Cik atau Heliza. Haq seorang saja mulakan perkenalan dengan nama samaran.

Haq tersenyum nipis. Nyata El masih macam dulu. Asal terkejut aje mesti membesar mata bulat tu. Comel!

Pandangan dikalih ke arah papanya.

"Cukup kenal ayah. Kawan lama Haq ni."

Kita jumpa lagi El. Selepas ni jangan harap dia nak lepaskan Heliza semula. Tolaklah sejauh mana. El tetap milik dia. Yakin Haq sejak nama ELHAQ terukir.

El alih pandangan pada bosnya semula. Tapi fikiran memang kosong. Terkejut bila terlihat wajah itu semula selepas beberapa tahun. Tidak mampu dia buang rasa takutnya.

Ya Allah! Patutlah tiba-tiba tidak sedap hati.

"Are you alright Heliza? You looks so pale? Tak sihat ke?" tanya Tuan Haji Baktiar. Risau juga tengok muka pekerjanya yang pucat semacam ni.

"Huh?! Uh... Ah... Aah. No! I mean I'm okay bos."

Makin berkerut dahi Tuan Haji. Tidak pernah-pernah si El pucat lesi sampai tergagap macam ni. Geleng kepala dia tengok gadis itu. Teruk sangat terkejutnya tu Heliza.

"Okaylah kalau macam tu. Tapi saya cadangkan awak ambil cuti rehat Heliza. Awak tu dah la payah nak cuti. Kalau tak sihat tu cutilah. Badan kita ni kena pakai lama."

"Insya-Allah bos. Kalau tiada apa-apa saya minta diri dulu."

Lembik kaki lepas keluar dari bilik Tuan Haji. Risau saja dia tidak kuat tadi. Eman Haq. Lelaki itu muncul semula.

Mata tunduk pandang tangan yang mengeletar.

"Pembunuh bang! Pembunuh! El takkan maafkan pembunuh tu." Itu janji dia bila abang kandung ungkit pasal pembunuh tu beberapa hari lepas.

Tapi sekarang pembunuh tu depan mata dia. Senyum seperti tiada apa yang pernah berlaku. Dan dia tahu Haq bukan saja-saja nak munculkan diri dia semula.

Apa lagi lelaki itu mahukan dari dia?!


Nota kaki : Memandangkan MAYA dah nak tamat dalam Wattpad ni so tadaaa cerita baru. ELHAQ bukan cerita sweet . Macam biasa faz memang suka cerita air mata walaupun tak berapa nak sedih-sedih sangat. hee~

Selamat membaca =)

ELHAQ (COMPLETED)Where stories live. Discover now