"El ingat abang dah balik?" Konon tadi nak pura-pura tidur di sofa. Berakhir pula dengan lena atas sofa tu.
"Abang pergi beli barang basah. Tidak tahan abang tengok dapur El tu. Semua makanan ringan. Sayur dan bahan basah langsung tiada."
Haris yang siap pakai apron depan dapur gas dipandang. Kaki El mendekat. Diintai makanan dalam periuk tapi mulut laju jugak menyoal. "Abang masak apa?"
"Asam pedas."
"Wah! Yummy! Bertuahlah budak Kaseh tu dapat kasih sayang abang. Pandai masak!" Tersengih-sengih El mengusik. Tahu abang dia kena usha oleh seorang gadis. Muda daari dia pula tu.
"Entahlah budak tu. Kadang rimas juga abang."
Heliza tersengih. "Alaa... Rimas pun itu juga yang abang berkenan. Kan? Kan? Dalam hati tetap ada cinta."
"Banyaklah! Cakap abang pandai. Dia dua kali lima juga." El mencebik. Mulalah tu nak ungkit pasal mamat tu. Baru aje dia nak gembira sekejap. Kaki dipusing ke island table. Tunggu abangnya siap masak. Malas pula dia nak bantu.
"Cantik budak Kaseh tu bang."
"Abang ni setahun lagi 40. Kerja pun ustaz aje dekat rumah anak yatim. Bekas banduan pula tu. Manalah anak orang kaya macam Kaseh tu dapat bertahan." Haris yang membelakang adiknya bersuara.
"Tapi mak bapa dia pun okay kan?"
"Kaseh muda lagi. Boleh cari lain." Mak bapa Kaseh memang tiada masalah dengan kisah silam Haris. Tapi baginya Kaseh tu lebih berhak untuk dapat jodoh yang lebih baik.
"Abang kena tahu perempuan ni sekali dia cinta. Maknanya selamalah dia jatuh cinta."
"Macam El dan Haq?"
"Bang apa pula tukar topik ni. Kita tengah cakap pasal abangkan..."
"Abang dan Kaseh baru lagi. Tidak sampai cerita dua tiga tahun. El dan Haq lagi lama. Bertahun sampai sekarang tiada penamat."
El letak muka atas meja. Urgh! Stress! Sejak bila abangnya masuk pakatan Haq ni?
"Teruk sangatkah jadi andartu ni? Abang pun sibuk nak jodohkan El."
"Mana ada. Kalau nak abang terima Kaseh tu dengan tenang. Terimalah Haq tu. Sekurangnya ada orang jaga adik abang ni."
El terus angkat kepala. Kening dah hampir nak bercantum. "Apa pula ugut macam tu!" Ni saja nak anginkan dia.
"Dah keluar dari dapur ni. Abang nak masak dengan tenang. Pergi balkoni tu ambil angin ke apa. Jangan nak panas aje memanjang."
"Nak elak dari oranglah tu. Dah buat salah tahu pula macam tu." Cebik El. Lepas tu dia ikut juga cakap abangnya. Haris memang macam tu. Tidak suka diganggu bila tengah masak.
YOU ARE READING
ELHAQ (COMPLETED)
Roman d'amourELHAQ. Dulu... polosnya seorang El mengukir nama itu bersama Haq. Naifnya seorang El melakar cinta dengan Haq. Tanpa sedar cinta ELHAQ mula membunuh kehidupan seorang El. Kerana cinta dia hilang segala. Haq punca kematian ibu bapanya. Haq punca ke...