"Sebab Allah lindungi abang dari hasutan dunia. Boleh jadi abang terhasut dengan hasutan mereka. Boleh jadi abang tergolong dari orang-orang yang tidak amanah. Boleh jadi abang alpa dengan lupa dengan ajaran ibu dan ayah. Lupa dengan saluran agama yang diberikan."
Haq mahu El tahu bahawa dia redha dengan apa yang jadi. Harap diam El masih mampu mencerna luahannya.
"Masuk dalam tu. Allah dekatkan lagi abang dengan tuhan. Dalam tu ajaran dan tunjuk ajar ustaz selalu buat abang terfikir bahawa inilah hikmahnya. Allah nak abang lebih dekat dengan-Nya. Allah nak lindungi abang dari benda-benda yang melalaikan."
"El punca abang tak dapat jumpa ibu dan ayah lagi..." luah El bila kenangkan abangnya berada di penjara ketika majlis pengkebumian. Dapat pun ziarah ketika kubur arwah sudah kering. Itu selepas banyak rayuan dan prosedur yang El lalui demi abangnnya.
"Siapa kata?"
El terdiam.
"Allah tu Maha Adil. Darah ibu dan ayah mengalir dalam diri abang dan El. Tidak dapat bertemu di dunia lagi. Abang tidak berhenti berdoa syurga buat kita sekeluarga. Abang berdoa suatu hari nanti Allah temukan abang dengan arwah di syurga. Jangan berhenti berdoa Heliza. Jangan pernah sombong dengan kekuasaan Allah."
"Dengar cakap abang ni?"
El angguk. Iya dia tidak pernah lupa pesanan abangnya.
Jangan berhenti berdoa.
Doa tu kuasa terbesar orang-orang mukmin.
"Bang..."
Ada lagi El hendak beritahu. Tadi tu cuma 'pantun' pembuka sahaja. Haris dapat rasakan yang El ingin buka cerita hati sendiri pula lepas ni.
"Anak datuk tu... Haq... Haq dia ada. Dia muncul balik dalam hidup El."
Nah! Kan dia memang dah agak. Dari El datang jenguk dia tempoh hari lagi. Kekusutan El hanya disebabkan kejadian menimpa arwah ibu dan ayah serta penipuan Haq sahaja.
"El rindu dia?"
"Tak sempat nak rindu dah depan mata bang..."
Tertawa kecil Haris. Kuat sangat keluhan El tu. Mesti Haq nak bersama semula dengan El.
"Bang...." rengek El. Bencilah dengar ketawa abangnya tu. Tidak faham langsung perasaannya. Ke lelaki memang macam ni? Semua buat mudah.
"Tapi serius El masih cintakan dia? Haq pun mesti cintakan adikkan? Sebab tu sibuk kejar adik cantik abang ni."
El mendengus kecil. Abangnya ni agak-agaklah nak soal. Soalan sensitif kut.
"Cintalah kalau macam tu. Lama jugak kan? Dah lebih sepuluh tahun. Setianya lahai mamat tu..."
"Tiga belas tahun." El pun dah terikut macam Haq. Bercinta dari dia mula masuk universiti sampai dah habis. Ingat nak kahwin tapi itulah. Takat tu aje hubungan mereka.
"Kahwinlah El. Dah dua-dua cinta satu sama lain. Takkan nak biar lagi. El pun dan Haq pun bukan lagi muda."
"Haq tu bang... Takkan abang lupa apa keluarga dia buat pada kita."
Haris geleng kepala. Yang dianiayanya dia. Mungkin El terkesan sikit sebab Haq tutup mulut sebab papanya. Tapi El dah hukum Haq bertahun-tahun. Takkan tidak cukup lagi?
"Haq tu... Bertahun jadi penunggu setia El. Bertahun telan rasa bersalah sebab setia seorang anak dan cinta hati sendiri. Tak cukup lagi El hukum macam tu?"
"Bertahun tu tidak mampu kembalikan arwah ibu dan ayah. Bertahun tu tidak mampu beri kepercayaan El pada dia lagi. Bertahun tu..."
"Bertahun tu cinta El pada dia kan masih ada?" Haq memintas. Mengucap dia dalam hati. Kerasnya hati Heliza ni.
"Maafkan dia dik." Harris kembali bersuara bila El masih lagi berdiam.
"El tak mampu."
"Ya Allah dik."
El letak muk atas meja. Badan disandar malas dan dia cuba untuk tidur. Jalan selamat untuk tutup cerita mereka. Dia tidak mahu lagi cakap pasal benda ni.
"Suka sangat larikan diri. Haq gari tangan tu supaya lekat selalu baru padan muka."
Anugerah manusia keras kepala bagilah dekat adik dia. Boleh menang tanpa bertanding!
YOU ARE READING
ELHAQ (COMPLETED)
RomanceELHAQ. Dulu... polosnya seorang El mengukir nama itu bersama Haq. Naifnya seorang El melakar cinta dengan Haq. Tanpa sedar cinta ELHAQ mula membunuh kehidupan seorang El. Kerana cinta dia hilang segala. Haq punca kematian ibu bapanya. Haq punca ke...