Haq genggam tangan El masuk ke dalam syarikat. Laju kaki melangkah masuk ke dalam pejabat. Amaran El diabaikan. Pandangan pelik pekerja lain langsung tidak dipeduli.
"Panggil Ran masuk sekarang." Lantang suara Haq bersuara memberi arahan. Berlarian pekerja dekat dengan kubikel mencari Ran.
"Haq..." El cuba bersuara perlahan. Gerun bila Haq naik angin macam ni. Tapi hati sedikit terusik dengan kelantangan Haq.
Haq tidak percayakan dia?
Sebelah tangan Haq meraup muka kasar. Tangan kanan masih lagi genggam tangan El. Dia tidak terasa hendak lepaskan. Takut El lari agaknya.
El tolak genggaman Haq.
"Sayang please no."
El geleng kepala. Hati tambah terusik. Tengah badan pun tidak pulih sepenuhnya. Emosi memang mudah melatah.
"I won't run..." Tapi percayalah. Tindak tanduk Haq sedikit mengoyahkan kepercayaan El. Walaupun tidak bersuara. El dapat rasakan Haq sedikit sebanyak tidak percayakan dia.
"Sayang. Haq percayakan El."
"No you not!" El tersenyum sinis. Rasa bodoh percayakan Haq. Tak sangka Haq siasat pasal dia.
El tahu syarikat ni ada masalah dari isu kewangan tapi dia antara suspek utama?
Kenapa?
Sebab abangnya pernah penjenayah yang songlap duit syarikat papa Haq?
Air mata El mula mengalir. Rasa bodoh dan sinis pada diri sendiri.
"Sayang..." Haq hendak memujuk. Tangan El cuba dicapai tapi El cepat mengelak. Kaki mula melangkah ke belakang.
Pintu diketuk.
Serentak El pandang bekas setiausaha. Ran tunduk. Gerun dengan pandangan bos lamanya. Kadang dia rasa kerja dengan Haq lagi santai berbanding El yang sangat tegas.
"Come and shoot!" Haq tegas memberi arahan. Kaki mula melangkah duduk di sofa. El dan Ran yang berdiri dipandang satu persatu.
"Err.... ni buku akaun atas nama Cik Heliza." Ran tunjuk satu buku akaun. Haq sambut laju. Helaian nama El dibuka. Beralih pada jumlah terakhir akaun. Nafas dalam ditarik.
Dilempar buku akaun atas meja. "What say you Heliza?" Tajam renungan Haq pada El.
"Saya tak pernah nampak buku akaun ni. Its not mine!" Tidak pernah sekali pun El miliki akaun tersebut. Dia belek setiap helaian. Dari muka sampai ke isi dalam pun dia tidak pernah nampak.
Ya Allah! Tarikh mula duit masuk pun sejak dia mula bekerja di syarikat itu. Dah bertahun. Siapa lagi nak jahanamkan dia ni? Air mata mula mengalir. Tengah sakit dapat tekanan macam ni secara tiba-tiba. Rasa nak pengsan semula. Harap sedar nanti benda pulih sedia kala.
"El!" Tinggi suara Haq mengejutkan El.
"Saya tak tahu!!!"
Haq ketap bibir. Tapi El nampak jelas muka Haq yang berubah warna. Merah. Tahan marah pada dia agaknya.
"Ran. Any document?"
Ran angguk. Sebuah fail dibuka. Diselak muka surat yang penting. Diberi pada Haq sebagai bahan bukti.
Tersenyum kecil Haq baca setiap patah perkataan. "El... You memang nak penjarakan diri sendiri?" Lemah suara Haq meluahkan. Tak tahu nak cakap apa lagi.
El geleng kepala. Air mata tidak lagi dikesat. Ya Allah! Dugaan apa pula kali ni?
Bergetar tangan El kutip dokumen yang dilempar atas meja. Helaian yang terbuka dibaca satu persatu.
Bibir diketap menahan tangis. Akhirnya dia kalah. Kalah dengan air mata sendiri. Dari esakan kecil kini makin kuat. Sampai duduk mencangkung El menangis. Langsung tidak pedulikan pintu pejabat Haq yang terbuka. Diabaikan pandangan pekerja yang cuba mengintai.
"Haq!!!!"
Tarikh: 02. 2. 2018
Rujukan : ELHAQ/FAIL/CINTA/LAMARAN 1
U/P Heliza Karim
Lot 22, Jalan Cinta,
Wisma Hati, Lorong Rindu,
Jalan ke Syurga Kita.
LAMARAN CINTA ELHAQ
Sayang/darling/cinta,
Merujuk perkara di atas, adalah Cik Heliza Karim telah memiliki cinta hati jiwa raga seorang lelaki bernama Encik Eman Haq didapati bersalah. Adalah beliau kini menanggung kerugian hati yang telah dicuri oleh Cik Heliza.
Berikut syarat yang perlu dipatuhi oleh Cik Heliza :
1. HARUS Dating setiap masa dan penuhi permintaan Eman Haq.
2. WAJIB terima lamaran Haq:
3. TIADA tunang please.... (I dah bertahun tunggu ni.)
Tarikh sebutan suara :
Tempat : Syurga ELHAQ.
Tarikh : 22. 2. 2018
Masa : 22.22 pm
Kerjasama Cik Heliza amatlah dihargai dengan penuh kasih sayang. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kekasih hati awak Encik Eman Haq dalam talian hati ke hati.
Sekian penuh cinta.
Eman Haq.
YOU ARE READING
ELHAQ (COMPLETED)
RomanceELHAQ. Dulu... polosnya seorang El mengukir nama itu bersama Haq. Naifnya seorang El melakar cinta dengan Haq. Tanpa sedar cinta ELHAQ mula membunuh kehidupan seorang El. Kerana cinta dia hilang segala. Haq punca kematian ibu bapanya. Haq punca ke...