"Bye sayang..."
El jeling jiran sebelah. Senyuman lebar Haq tu menyakitkan hati betul.
"Jeling dik. Juling nanti baru tahu." Haris mengusik si adik yang masih tidak puas hati. Tergelak kecil dia sambil buka pintu rumah. Masih tidak percaya agaknya si Haris ni jiran sejak beberapa tahun lepas.
"Tak apalah bang. Juling pun tetap comel." Sahut Haq. Walaupun sedikit pucat tapi El tetap cantik dengan jaket merah tu. Macam rudolph pun ada. Alololo... comel!
Lepas tidak perlulah curi-curi keluar rumah lagi. Cik puan sebelah dah tahu Haris penyewa rumah sebelah.
"Tapi terror jugak kau kan Haq. Bertahun El tak perasan kau duduk rumah sebelah."
"Macam mana nak perasannya bang. Macam pencuri jugaklah saya setiap kali keluar masuk rumah. Nasib jadual El ni dah dalam kepala saya. Senang sikit atur." Beritahu Haq pasal kehidupannya beberapa tahun ni.
El mencebik. "Ceritalah situ sampai besok. El nak masuk."
"Huish! Marah." Gelak Haris. Eleh! El marah tapi mahu.
"Jumpa esok darling!" Haq usik lagi. Merah muka El yang tadinya pucat tu. Entah malu atau marah.
"Terima bang." Tangan dihulur memberi salam pada Haris sebelum lelaki itu masuk. Banyak hutangnya pada Haris. Selama ni dia dapat informasi pasal El pun dari Haris.
"Sama-sama."
"Abang memang tidak mahu masuk pejabat lagi?" Tawaran yang tidak pernah dia lupa untuk diutarakan setiap kali berbual dengan Haris.
Geleng. Jawapan biasa yang dia berikan pada Haq. Haris cukup senang dengan kehidupannya sebagai ustaz dan penjaga rumah anak yatim tu. Jiwanya memang sudah jatuh pada kanak-kanak di sana.
"Tapi abang kan nak kahwin?" Haq tahu perihal Haris yang hendak melamar Kaseh buat isteri. Banyak yang mereka kongsi selama ni tanpa pengetahun El.
Haris angguk dengan senyuman kecil. Bahagia yang dia juga bakal tamatkan zaman bujang. Hanya El saja belum tahu apa-apa lagi. Cukuplah El serabut dengan masalah cinta tidak kesampai adiknya tu. Tidak mahu El tambah serabut lagi dengan isu Haris.
"Abang dah ada perancangan sendiri. Insya-Allah."
Akur kalau Haris sudah ada perancangan sendiri. Dia tidak boleh buat apa-apa. "Kalau perlukan saya bagitahu aje."
"Kau selesaikan dulu hal dengan singa dalam tu baru abang bagitahu." Pesan Haris sambil tergelak kecil. Sebelum berniat nak bantu dia, ada baiknya Haq bantu diri sendiri untuk hadapi adiknya tu.
Haq senyum mengangguk. Ya tahu urusan dia dengan cik singa tu adalah cabaran terbesar dia.
"Esok saya nak bawa dia keluar dating ya bang."
"Pergilah. Itupun kalau kau berjaya heret dia keluar. Aku masuk dululah. Kau betul tak nak singgah?" Sementara ni biarlah Haris temankan El tidur situ. Langsung tidak harapkan adiknya seorang diri lagi. Nanti elok dah sihat kena masuk hospital lagi.
"Tidaklah. Kirim salam saya dekat adik abang tu."
Haris tawa kecil mengangguk. "Iya. Adik aku. Buah hati pengarang jantung kau. Malam ni boleh la buat solat hajat. Mana tau terbuka hati buah hati kau tu nak keluar rumah esok. Assalamualaikum." Bebel Haris sambil melangkah masuk.
"Waalaikumsalam."
YOU ARE READING
ELHAQ (COMPLETED)
RomanceELHAQ. Dulu... polosnya seorang El mengukir nama itu bersama Haq. Naifnya seorang El melakar cinta dengan Haq. Tanpa sedar cinta ELHAQ mula membunuh kehidupan seorang El. Kerana cinta dia hilang segala. Haq punca kematian ibu bapanya. Haq punca ke...