"Abang Haris kena tangkap. Kalah dalam perbicaraan. Kenapa Haq?! Kenapa mereka buat abang macam tu?" Tangisan El waktu tu tidak berhenti. Menangis kenangkan nasib abang kesayangannya hancur macam tu sahaja.
"Sayang..." Haq tidak tahu lagi macam mana nak tenangkan El. Maka dibiarkan saja El terus menangis meluahkan rasa. Sekurangnya El tidak pendam sendiri. Itu lebih menakutkan.
"Ibu ayah menangis merayu tapi orang tu cuma senyum aje. El benci orang tua tu! El takkan maafkan dia! Abang tidak bersalah. Mereka jadikan abang Haris kambing hitam..." Mendengar cerita El. Haq tahu Haris memang tidak bersalah. Abang El tu memang jujur dan sangat baik. Tapi itulah. Kuasa duit mampu menghancurkan hidup orang.
El ingat lagi muka orarng tu. El titip dalam ingatan. Senyuman, kegembiraan orang tu menghancurkan karier dan kehidupan abangnya. Abang yang menjadi harapan keluarga pun menangis.
"Ibu ayah... ampunkan abang bu. Ampunkan abang buat ibu dan ayah menangis. Ampunkan abang bu..." Melutut Haris mencium kasut ibu dan ayah. Dituduh songlap duit syarikat memang penjaralah jawabnya. Tapi dia kambing hitam. Ibu dan ayah tahu tapi mereka tiada keupayaan walaupun berada di pihak benar.
"Allah nak... jangan macam ni bang." Ayah ikut melutut depan Haris. Hati tua mana sanggup tengok kehidupan anak yang selama ni menjadi harapan keluarga hancur macam tu saja.
"Abang tidak dapat jaga ibu dan ayah lagi... maafkan abang. Ampunkan bang... Jaga ibu dan ayah dik. Jangan jadi macam abang. Janji dengan abang. Jaga ibu dan ayah." Itu suara terakhir Haris sebelum diseret masuk dalam penjara.
"Adik janji..."
Dan janji tu yang 'membunuh' El sampai sekarang.
Habis belajar. El bawa Haq untuk berkenalan dengan ibu dan ayah. Muda lagi waktu tu. Jiwa masih kebudak-budakkan walaupun kejadian yang berlaku Haris mengajar El untuk belajar bersungguh-sungguh demi ibu dan ayah.
"El fikir masak-masak ya. Haq tu bukan ibu tidak suka. Tapi ibu dan terbaik untuk anak ibu."
Kata kias dari ibu membawa maksud ibu tidak mahu El dengan Haq lagi.
El tahu tapi waktu tu jiwa dah sepenuh hati pada Haq.
Haq yang kacak.
Haq yang penyayang.
Haq yang bekerjaya.
Haq yang romantik.
Semua pasal Haq indah buat El.
YOU ARE READING
ELHAQ (COMPLETED)
Roman d'amourELHAQ. Dulu... polosnya seorang El mengukir nama itu bersama Haq. Naifnya seorang El melakar cinta dengan Haq. Tanpa sedar cinta ELHAQ mula membunuh kehidupan seorang El. Kerana cinta dia hilang segala. Haq punca kematian ibu bapanya. Haq punca ke...