Sampai dalam pejabat sendiri. El pejam mata sambil bersandar pada kerusinya. Cuba tenangkan hati yang tengah sakit. Bukan kehendak dia untuk tidak berjodoh dan merasa kasih sayang. Tapi cukuplah pengalaman bersama Haq dulu. Cukuplah rasa cinta yang mempertaruhkan sebuah keluarganya.El serik!
Ya Allah! Kuatkanlah hatiku.
Rindu kasih sayang ibu dan ayah. Rindu usikan dan belaian manja dari abang. Dia rindukan semua tu. Kerana cinta dia kehilangan semuanya. Akhirnya dia sendiri tarik diri. Tapi sayang semua sudah terlambat. Semua tu tidak mungkin akan kembali.
Air mata yang mengalir dibiarkan. Melepaskan rasa sakit yang masih bersisa. El rindu semua...
"Sayang..."
"Tinggalkan I Haq." El cam suara tu. Bertahun berpisah pun dia masih dapat cam suara milik lelaki itu. Haruman Haq yang pernah menjadi igauannya pun masih digunakan oleh Haq.
"El..." Sayu suara Haq memandang wajah mulus itu dicemari dengan air mata. Dia sendiri dapat rasakan kesakitan yang El pendam selama ni.
"Syyyhhh...." Kalau Haq masih enggan beredar. Sekurangnya biar keadaan sepi. El masih lagi dengan mata yang dipejam erat. Dia nak tenangkan hati sebelum staff lain mula masuk pejabat.
Dan Haq masih setia bersama El walaupun gadis itu enggan menerima pujukannya. Haq duduk bersandarkan meja El. Mata tidak lepas dari terus memandang El yang masih cuba untuk tenangkan fikiran. Dia nak El tahu, walaupun sepuluh kali ditolak. Haq tidak akan sesekali tinggalkan El dalam keadaan macam ni.
"El..."
El angkat kepala. Satu keluhan dilepaskan. Pandangan tidak alih dari Haq yang datang mendekat.
"Still no driving?"
"You follow I Haq. Noticed that." Sudah beberapa hari El perasan Haq ikut dia turun naik komuter dan lrt balik dari kerja.
Haq tersenyum kecil.
El tukar pandang ke laluan lrt hadapannya. Haq yang ikut duduk sebelah dibiarkan. "I hantar you pulang."
"I tak nak ada cerita lagi Haq. You dengar tadikan."
Angguk. Jelas telinga dia dengar orang mengumpat pasal 'Andartu' yang menjadi topik hangat tadi. Ikutkan nak aje dia bambu semuanya. Suka hati aje kutuk kekasih hatinya macam tu. Tapi kalau dia masuk campur. Makin hangatlah bimbo semua tu bergosip.
"Sejak bila El yang I kenal ni ambil port umpatan orang ni?"
"I penat semua ni. Just stay away from me Haq." Pinta El. Cukuplah kes di kafeteria tadi. Segala kesabaran El hampir musnah mendengar umpatan tentang dirinya. Takut saja satu hari nanti dia meletup sebab tidak tahan lagi.
"I can't sayang." Sedikit sebanyak Haq sedar dia penambah perisa pada gosip tentang El. Tapi El yang dia kenal tidak pedulikan tentang orang lain. Biasalah El cantik, pandai bergaya, bekerjaya dan pegang jawatan tinggi di syarikat tu. Tidak hairanlah ramai dengki. Jadinya usia 35 tahun dan solo tu jadi isu hentam El!
"You boleh Haq. You did that before. Lupa?" Saja El ingatkan perpisahan mereka sebelum ni. Kalau sebelum ni boleh, kenapa sekarang tidak boleh pula?
"Once is enough my dear. Itupun atas permintaan you dan atas rasa cinta I. Now i'm not giving up. Plus i never giving up. Sebelum ni I follow keadaan you El. I bagi you masa untuk tenangkan diri semula. Sikit bulan lagi genap tiga belas tahun I bagi masa untuk you. Takkan itu tak cukup lagi?"
"Tiga belas tahun tidak akan mengubah apa-apa Haq. You dan keluarga you tidak dapat kembalikan kehidupan I yang dulu. Tiga belas tahun tidak pernah cukup untuk I tenang Haq..." Tutur El tenang sambil membalas pandangan Haq sebelahnya. Tiada lagi sisa cinta yang tinggal untuk Haq.
"Cukup tiga belas tahun you buang masa follow I. Lepas ni tak perlulah. Train dah sampai. I pergi dulu... Assalamualaikum."
Haq hela nafas. Langkah El tinggalkannya dipandang. Tidak guna ikut kalau El dah cakap macam tu.
'Tiga belas tahun akan tamat El. I janji untuk kembalikan kekasih I yang dulu.' Bisik hati Haq.
El duduk di kerusi yang tersedia. Pandangan ditala pada kota raya yang sibuk. "Tiga belas tahun. Tidak pernah sedikit pun penderitaan I berkurang Haq..." Setitik dua air mata El mula mengalir. Kembali kesal atas sebuah perkenalan ElHaq.
YOU ARE READING
ELHAQ (COMPLETED)
RomanceELHAQ. Dulu... polosnya seorang El mengukir nama itu bersama Haq. Naifnya seorang El melakar cinta dengan Haq. Tanpa sedar cinta ELHAQ mula membunuh kehidupan seorang El. Kerana cinta dia hilang segala. Haq punca kematian ibu bapanya. Haq punca ke...