"El!" Jatuh kerusi bila Haq berdiri. Terkejut dengan kewujudan El di situ. Di rumahnya dengan ibu dan ayah kekasihnya. Haq kalih pada papa sendiri.
"Sayang... Haq boleh terangkan..."
El masih lagi kaku depan pagar.
"Sayang..." Laju Haq berlari dekat dengan El. Rahsia yang dia simpan bertahun-tahun akhirnya terbentang.
"Dia papa Haq?" Mata El tidak lari dari Haq. Tajam walaupun air mata tidak berhenti mengalir.
"El..."
"Jawab soalan El!"
"Ya... papa Haq. Tapi sayang..." Lemah Haq memberi kebenaran. Inilah ketakutan dalam diri Haq. Kebenaran yang dia simpan dari El. Kerana cinta dan rasa tanggungjawab Haq simpan rahsia itu sendiri. Dia tidak mahu El terluka lagi. Dia mahu jaga keluarga yang dianiaya oleh papanya. Yang penting dia sayang El sebelum dia tahu papanya menjadi punya kemusnahkan keluarga El.
"Haq tahu siapa yang aniaya abang?"
"Haq tahu apa dia buat pada abang?"
"Haq tahu dan Haq tidak pernah beritahu El?"
Ya Allah. Sukarnya Haq hendak menjawab segala persoalan El. Ya Dia tahu tapi dia tidak sanggup mengaku kebenarannya itu dari dulu.
"Maafkan Haq sayang..."
Dan kata maaf itu jawapan bagi segalannya. El undur selangkah. "El jadi anak derhaka sebab pertahankan Haq. El lupa janji El pada abang. El buat ibu dan ayah menangis. El tinggi suara pada ibu sebab Haq... Terima kasih Haq. Terima kasih sebab bagi El title anak derhaka."
"El minta sekali sahaja. Jangan dekat dengan keluarga kami lagi. Jangan pernah muncul depan El lagi. Sekali El benci. Selamanya El akan benci..."
El rendahkan diri merayu. Melutut El depan Haq dan lelaki itu. Merayu cukuplah ibu dan ayah terseksa. Dia tidak mahu lagi berdosa.
"El minta ampun dengan ibu dan ayah. El bersalah tapi El janji. El tidak akan lagi buat ibu dan ayah menangis. El janji tiada lagi ElHaq selepas ni." Rantai leher pemberian Haq ditarik kasar. Pedih tapi sakit lagi hati El ditipu hidup-hidup.
Bila El berdiri. El campak seutas rantai dengan loket nama ElHaq pada lelaki itu.
"Kita balik ayah..." El pimpin tangan ibu dan ayah.
Saat mereka melangkah keluar. El abaikan jeritan Haq. Tangisan lelaki itu tiada nilai berbanding tangisan ibu dan ayahnya sebelum ni.
El bulatkan hati. Hidupnya hanya untuk ibu dan ayah.
Tapi sayang. Niatnya tidak pernah kesampaian.
Masih terasa panas darah ibu mengalir keluarga. Masih tersisa erangan ayah menahan sakit.
El tutup mata. Tragedi keluarganya dilanggar lori selepas balik dari rumah Haq sentiasa dalam ingatan. Ibu sempat tolak El keluar kereta. Hanya dia terselamat. Berlari El dekat dengan kereta mereka yang sudah remuk.
"Ibu ampunkan El... sayang..."
Itu saja kata-kata ibu yang sempat dia dengar. Perlahan tapi jelas pada telinga El. Lepas tu ibu tercunggap-cunggap sebelum menghembuskan nafas terakhir. Ibu meninggal atas riba dia.
"El..." Bila sedar suara ayah masih ada. El lari dekat ayah.
"Yah... jangan tinggal El yah... jangan tinggalkan El..." rayu El menangs tidak henti. Dia tidak tahu lagi nak buat apa.
"Ayah sayang El... sayang... abang... ibu..."
"Ayah... ayah..."
Waktu tu ayah hanya bertahan sampai dalam ambulans. Tidak sempat pun sampai hospital. Ayah meninggal sambil pegang tangan mayat ibu dalam ambulas.
Sekelip mata. Sekelip mata saja El hilang semuanya.
Hilang cinta.
Dan hilang syurganya.
![](https://img.wattpad.com/cover/90204153-288-k602527.jpg)
YOU ARE READING
ELHAQ (COMPLETED)
Storie d'amoreELHAQ. Dulu... polosnya seorang El mengukir nama itu bersama Haq. Naifnya seorang El melakar cinta dengan Haq. Tanpa sedar cinta ELHAQ mula membunuh kehidupan seorang El. Kerana cinta dia hilang segala. Haq punca kematian ibu bapanya. Haq punca ke...