ELHAQ 13

6.3K 327 2
                                    


El berlalu ke balkoni rumah. Antara banyak rumah yang dia bagi sewa. Rumah satu ni memang dia susah nak sewa untuk orang. Sanggup dia beli dua buah. Rumah sebelah ni pun dia punya. Lepas tu dia bagi sewa.

Cantik permandangan menara Petronas dari sini. Lebih lagi waktu malam. Mahal sikit berbanding rumah lain tapi sangat memuaskan.

El kalih ke sebelah. Balkoni rumah yang dia beli tu sentiasa bertutup. Tidak pernah lagi jumpa penyewa di sebelah. Urusan sewa memang dia guna ejen. Senang sikit. Tidak pening kepala nak fikir. Yang dia tahu semua urusan selesai. Duit kena masuk setiap bulan dan rumah yang dia sewakan sentiasa dalam keadaan baik.

"El confirm nak berhenti?"

Itu soalan pertama dari abangnya lepas makan tengah hari.

Angguk. "Malaslah nak kerja."

Kening Haris terangkat sedikit. Macam tidak ngam aje ayat tu pada El yang gila kerja tu. "Kata nak dua tiga tahun lagi."

"Saja awalkan. El nak rehat awal bang. Tinggal tunggu duit sewa ajelah sampai tua. Cuti El banyak terkumpul. Bolehlah juga pakai untuk cuti tapi gaji masuk."

COF macam El bolehlah cuti tapi gaji mahsyuk. Cuti El pun agaknya dah lebih tiga bulan. Memang adiknya atur masa depan dengan baik. Tapi nak atur masalah hati. Total failed!

"Bukan sebab nak lari?"

"Nak lari ke mana? Memang El sini ajelah." Antara sebab dia tidak sewakan rumah ni pun. Memang El nak tinggal sini lepas abangnya dah kahwin. Takkan nak tinggal dengan Kaseh tu di rumah anak yatim. Bujang macam sekarang bolehlah abangnya tinggal sana. Bila dah berkeluarga nanti kena juga tinggal di rumah sendiri.

"Mana-manalah. Abang doakan aje El jumpa jodoh baik. Tidak dengan Haq mungkin dengan jiran sebelah ke... Bagus juga tu. Tinggal pecahkan aje dinding ni macam cerita P Ramlee."

Tertawa Haris dengan cerita sendiri. Dia pun dah sedia nak balik memandangkan hari semakin senja.

"Dah nak balik?"

"Baliklah. Fikir sikit apa abang cakap ni hari. Tadi makanan lebih tu abang dah simpan dalam peti sejuk. Cukup untuk makan malam ni. Jangan malas nak panaskan pula."

Lama juga dia luangkan masa dengan si adik. Selalu buat kaunseling selalu dengan budak-budak di rumah anak yatim tu. Hari ni buat kaunseling dengan si adik seorang ni.

Harap dapatlah cerrna dan apply dalam kehidupan tu. Janganlah bawa keras kepala sangat bila dah tua ni.

ELHAQ (COMPLETED)Where stories live. Discover now