Lepas tu 3 hari El ambil cuti. Papa kata dalam sejarah El bekerja ambil cuti lama sampai macam tu. Selama ni kedekut cuti. Kalau dikumpul boleh buat cuti panjang selama setahun.
Nampak sangatlah nak mengelak dari dia. Agaknya apa perasaan El bila tahu lepas ni mereka lebih banyak bekerjasama. Haq tersengih sendiri. Tiba-tiba gadis yang berjubah moden sedondon dengan warna kemejanya dipandang. Cantik dan ayu saja lalu pejabat dia dan masuk pejabat sebelah.
Haq menonpang dagu memandang gerak geri El. Si gadis masih lagi tidak perasan. Tersenyum kecil dia memerhati gelagat El. Angau!
Sampailah El duduk di meja dan pandang depan. Oh! Syurga matanya pandang pemandangan terindah pagi ni. Tidak sia-sia datang kerja awal dari papa.
Tangan melambai El yang ternganga sejak tadi. Tangan lincah menekan interkom bilik sebelah. Haq jeling interkom El. Memberi isyarat agar El sambut panggilannya.
"Hai sayang!"
"What you doing here Haq?" tanya El. Aduh berkerut muka sayangnya pagi ni. Bingung ke tu atau tidak puas tatap mata Haq pagi ni.
"Lunch sama jom?"
"I tanya benda lain Haq. You belum pekak lagi kan?" Auch! Sejak bila El garang macam ni? Patutlah ramai gelar sayangnya ni singa andartu.
"Huh! Merepek." Dengus El kuat sebelum matikan talian. Nampak sangat stress El tatap muka dia seharian. Well! Lepas ni setiap hari El akan terus tatap mukanya sambil buat kerja. Cermin bilik mereka yang agak lut sinar membolehkan Haq cuci mata lepas rindu pada El setiap hari!
Argh! Haq suka buat hati El liang libu. El bukannya kuat sangat nak tepis si kacak tu dari terus mengodanya. Suka beli hatinya dengan semua barang kesukaan El. Setiap hari pasti hidangan kopi dan kek tersedia atas meja. Awal lelaki itu datang ofis. Nak pangkah pun pasti Haq akan pastikan dia datang terlebih awal dari El. Ni dia curious siapa jadi mata-mata Haq beritahu setiap masa temujanji dan jam masuk pejabatnya.
Bunga.
El pandang sekuntum ros yang disertakan bersama nota atas mejanya.
Lunch dengan I. –Haq.
Oh please! Muak El dapat bunga dan nota yang sama setiap hari. Ingat ni zaman mereka bercinta macam dulu? Haq ni tidak faham bahasa langsung! Makin tua. Makin bebal pulak!
Interkom El berbunyi. Haq yang dail. Mula memang tidak mahu angkat. Tapi takut juga benda penting. Cumanya Haq ni memang susah nak jangka. Dalam nak buat kerja tu sempat lagi kacau dia. "El here..."
"Salah sayang. Bukan El here... Tapi El...Haq."
"Whatever Haq. Kalau tiada benda penting. I banyak lagi kerja." Kan dah agak. Haq ni bukan boleh percaya sangat. Talian diputuskan. Tangan El mula ralit menekan papan kekunci.
Jangan pandang depan El. Jangan pandang depan. Suara hati kuat mengarah diri sendiri.
![](https://img.wattpad.com/cover/90204153-288-k602527.jpg)
YOU ARE READING
ELHAQ (COMPLETED)
RomanceELHAQ. Dulu... polosnya seorang El mengukir nama itu bersama Haq. Naifnya seorang El melakar cinta dengan Haq. Tanpa sedar cinta ELHAQ mula membunuh kehidupan seorang El. Kerana cinta dia hilang segala. Haq punca kematian ibu bapanya. Haq punca ke...