"Abang. El sakit..." Menangis-nangis ketika menjawab panggilan Haris. Selimut ditarik kuat.
"Tunggu abang datang."
Ya Allah! Berdenyut-denyut kepala dia. Migrain!
Dah la suhu badan tidak reti nak berkurang. Penadol dah berapa banyak dia telan tapi keadaan macam lebih teruk aje.
Waktu sakit ni semualah dia rindu. Ibu, ayah, abang... Haq pun boleh rindu sama. Air mata El mengalir. Terkesan lagi dengan rindu dan rasa bersalah yang melampau. Dia tidak mampu tapi sungguh dia rindu. Rindu Haq!
"Maafkan El bu..." Rasa bersalah bila dia terlalu rindukan Haq.
"Abang... El rindu ibu..." El bersuara lagi bila panggilan Haris masih tidak dimatikan. Entah abangnya dengar atau tidak dengan tangisan dia lagi.
Ringan sikit kepala berbanding tadi. El kerling drip yang bersambung dengan lengannya. Si abang tidur terduduk sambil terkup muka pada katil. Tabiat Haris suka tidur bertiarap dari kecil.
El gerak sikit bagi rasa selesa. Lenguh badan sikit.
"Dah sedar?" Suara dari hujung buat El kalih pandangan.
Si abang bangun dari sofa hujung katilnya. Eh?
Mata automatik beralih pada lelaki yang tidur kerusi sebelahnya.
"Haq." Haris menjawab muka adiknya yang penuh persoalan.
Laju badan El menjarakkan badan dari Haq yang masih tidur. Haris geleng kepala. Alergik sangat tu dik oi!
Tangan kiri El pegang kepala. Nasib bertudung.
"Macam mana dia ada sini?" suara perlahan. Tidak mahu mengejutkan Haq.
"Jodoh."
"Bodoh!"
"Apa pula cakap macam tu?" Percuma dia dapat bodoh dari si adik. Padan muka sendiri juga. Suka lagi buat jawapan macam tu. Kenalah dia.
"Abang main-main." Cebik El. Ketika itu Haris letak tapak tangan atas dahi El. Kurang sikit panasnya berbanding subuh tadi.
Kalau Haris bagitahu Haq yang hantar El ke hospital tadi.
Mahu sebulan tidak tegur Haris.
Waktu tu hanya Haq yang dia terfikir. Nak bekejar ke rumah El bukan dekat. Yang paling dekat ialah rumah Haq. Jadi dia beritahu bakal adik ipar tidak jadi tu suruh tengokkan El. Tadi suara El macam nazak sangat.
Lagi buat Haris macam nak jatuh jantung bila suara El langsung tidak kedengaran. Rupanya pengsan. Bila doktor periksa, rupannya demam panas. Badan pun tidak cukup zat. Agaknya hanya hari tu aje makan nasi. Selebihnya El pesan aje makanan segera.
Bila la adiknya ni nak matang?
"Risau abang El pengsan tadi. Jangan buat perangai macam tu lagi dik. Abang tak sedap hati dari semalam. Sekali telefon rupanya El sakit. Kalau abang tak telefon agaknya tiada tahu adik sakit sampai pengsan dalam rumah tu."
"Jangan seksa perasaan sendiri tu Heliza. Bawa sikit istighfar. Dendam tu tidak baik. Allah tidak suka dik."
El hanya diam. Langsung tidak menjawab melainkan satu keluhan kecil. Iya mengeluh itu untuk orang yang kalah. Dan dia kalah dengan diri sendiri.
Bila Haq mula tersedar. Laju El tutup mata. Pura-pura tidur. Haris pun tidak sempat buat apa.
"Sayang..." Seru Haq bila mata El masih tertutup.
"Dah la tu Haq. El dah sedar. Jomlah balik. El rehatlah..." Haris mengajak Haq balik dari terus jadi tunggul di situ. Dia pula naik geram.
Haq hela nafas lega. Risau juga tadi kalau El masih tidak sedar diri. "It's okay kalau tak nak tengok Haq. Asalkan El sihat. Haq balik dulu. Sayang rehatlah..."
Selimut El dikemaskan. Jauh sangat jarak El baring tu. Hampir jatuh dari katil. Benci betul pada dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
ELHAQ (COMPLETED)
RomanceELHAQ. Dulu... polosnya seorang El mengukir nama itu bersama Haq. Naifnya seorang El melakar cinta dengan Haq. Tanpa sedar cinta ELHAQ mula membunuh kehidupan seorang El. Kerana cinta dia hilang segala. Haq punca kematian ibu bapanya. Haq punca ke...