"Abang bagitahu Haq. El nak jumpa." Dia tiada telefon. Tinggal di rumah waktu pengsan tu. Jadi pada Haris dia tinggalkan pesanan. Tahu Haris mesti ada nombor telefon lelaki tu.
Haris dah balik. Siap tinggalkan pesanan dan pencerahan sedikit untuk adiknya.
"Haq pernah beri kehidupan untuk abang lepas keluar dari penjara. Rumah anak yatim tu. Dia pernah menetap sana dan salah seorang penyumbang terbesar rumah tu sekarang ni. Arwah papa kandung Haq tu... dia tinggalkan surat."
Haris hela nafas lega. Sekarang sudah tiba masa untuk dia beritahu salah satu rahsia yang Haq suruh dia simpan. Tidak sanggup lagi tengok El buat Haq macam tu.
"Surat pengakuan yang arwah bersalah. Arwah minta maaf dengan abang sekeluarga. Dalam surat tu ada permintaan maaf pada Haq juga, sebab dia Haq terpaksa telan dosa-dosa lama dia. Sebab dia, El tinggalkan Haq. Sebab dia, Haq pernah kena culik waktu kecil. Orang dengki dengan dia sampai anak diculik dan dibuang."
"Kalau El rasa terseksa. Bayangkan juga apa yang Haq terima selama ni... Abang harap ada maaf lagi dalam diri kau dik... abang minta diri dulu. Haq ada balas Whatsapp abang. Dia datang lepas balik dari ofis. Sejak El cuti ni. Kerja El pun Haq terpaksa cover... Busy betul budak tu. Kena lagi terlebih risau lagi keadaan El sekarang."
El pandang muka Haq lama. Tadi dia suruh Haq duduk hujung katil dia. Bersila macam dia juga di hujung kepala katil.
"I nak you beritahu every single thing yang you rahsia dari I."
Haq tersenyum kecil. Alahai Heliza dia ni. Comel aje silang tangan denga baju hospital tu. Penat kerja pun hilang lepas tengok muka buah hatinya.
"Kalau Haq cerita. El nak maaf dan terima Haq?"
Mencebik El dengar. Soalan saja nak perangkap tu bukan cara dia.
"Pagi tadi papa telefon... Bagitahu yang mereka dah cakap semuanya pada El. Haris pun dah bocor rahsia kami. Jujur Haq tiada apa lagi nak beritahu sayang..."
"Kenapa tipu? Kenapa simpan rahsia sendiri? Suka sangat tanggung sendiri? Dah tu kenapa nak El bersama-sama dengan Haq? Suka sangatkan pendam semuanya sendiri?"
Soalan demi soalan dari El hanya dibalas dengan senyuman.
"Haq nak muka ni senyum aje. Haq tidak mahu tengok muka ni menangis. Lagi-lagi sebab Haq. Dan El lupa satu perkara... Satu perkara yang Haq tidak pernah tipu, tidak pernah rahsia, dan tidak suka pendamkan sendiri. Haq cintakan El dari dulu dan tidak pernah berubah."
El mengeluh kecil. Salah fahaman Haq tu.
"Untuk hidup bersama, kena tanggung bersama... Tiada rahsia Haq... Tak kira bertapa susah atau sedih pun perkara tu."
"Maksudnya sayang nak bersama dengan Haq semula." Lebar senyuman Haq. Tiba-tiba bahu rasa sedikit ringan. Macam dapat aura yang dia bakal terima maaf El.
"If... Haq janji untuk tiada rahsia lagi lepas ni."
"Alhamdulillah! Alhamdulillah! Terima kasih sayang." Atas katil tu jugak Haq buat sujud syukur menghadap kiblat. El pula yang terlompat turun katil.
"Eh! Dia ni..." cebik El sekejap. Lepas tu dia balas senyuman kecil pada lelaki itu.
Haq. Haq. Macam-macamlah!
"Eh! Tapikan sayang..." Haq yang kembali bersila mula teringatkan sesuatu.
El dah cekak pinggang. "Apa lagi?"
"Haq lupa satu perkara lagi... Rahsia..."
"Sebenarnya. Haq dah lama tahu rancangan El nak letak jawatan dan jadi tauke rumah sewa tu..."
Kening El diangkat. Why am I not suprise?! "Abang Haris?"
Haq sengih mengangguk. "Lagi satu kan..."
"Tadi kata satu aje!"
"Satu je... lagi. Eh! Hah! Ya. Ya. Satu je lagi... "
El ketap bibir. Haq yang bersila sambil mendongak memandang direnung tajam. Pantang dia orang main-main macam ni.
YOU ARE READING
ELHAQ (COMPLETED)
RomanceELHAQ. Dulu... polosnya seorang El mengukir nama itu bersama Haq. Naifnya seorang El melakar cinta dengan Haq. Tanpa sedar cinta ELHAQ mula membunuh kehidupan seorang El. Kerana cinta dia hilang segala. Haq punca kematian ibu bapanya. Haq punca ke...