ELHAQ 15

6.8K 341 5
                                    




           

"Assalamualaikum Heliza."

El letak majalah atas riba. Salam dari bos dibalas dalam hati. Dipandang Tuan Haji Bakhtiar bersama isteri datang mendekati katilnya

"Tuan..."

"Heliza sihat?" Isteri tuan haji menyoal.

El angguk sikit. Kekok sikit. Tidak sangka dapat kunjungan dari bosnya pula. "Alhamdulillah."

"Saya minta maaf sebab Haq. Awak sakit mesti disebabkan Haq kan?"

"Tidaklah tuan. Saya demam sikit aje."

Tuan Haji Bakhtiar tersenyum nipis. "Sebenarnya saya tahu sejarah El, Haq dan papa kandung Haq."

Kelat air liur El terpaksa telan. Dia kerling isteri tuan haji yang menangguk.

"Mak cik tak sanggup tengok Haq ikut El ke mana saja dari dulu. Mak cik yang pujuk Haq pikat El semula. Maafkan mak cik."

"Eh... err... tidaklah puan."

"Haq tu kami yang jaga dari kecil. Dia memang tidak rapat dengan papa dia. Bila papa dia terima Haq semula. Haq jadi serba salah bila tahu Haris dianiaya oleh papanya. Semua Haq cerita pada saya dan isteri. Saya yang nasihatkan agar Haq simpan dan jangan beritahu El apa-apa..."

"Haq tu bahagia sangat bila dapat jumpa semula dengan papa dia. Lagi bila dia nak kenalkan Heliza pada kami dulu. Dia rasa hidupnya terlalu sempurna lepas bertahun berpisah dengan papanya. Dia jadi serba salah bila tahu perkara sebenarnya."

Terdiam seketika tuan haji sebelum sambung bercerita.

"Bila awak beritahu kes Haris dan nama orang yang aniaya tu. Haq terkejut. Itu nama bapa yang dia baru saja jumpa selepas bertahun. Baru saja mula nak rasa kasih sayang papa kandungnya. Tapi Haq tiada kekuatan untuk mengaku. Saya yang suruh Haq diam walaupun dia sentiasa rasa bersalah pada El."

"Haq janji dengan kami. Dia nak jaga El. Dia nak ganti tempat Haris. Haq nak tebus dosa papanya pada El sekeluarga. Setiap rasa bersalah tu Haq cuba sedaya upaya pujuk ibu bapa El agar terima dia sebab dia cintakan El. Ibu bapa El kenal Haq dan tahu Haq dari mula. Sebab tu dia merayu supaya terima dia." Sambung isteri tuan haji lagi. Menangis-nangis dia ingatkan anak angkatnya tu.

"Dia tetap tipu saya. Dia tetap pilih untuk simpan rahsia papanya. Dia terus berdiam hingga abang saya di penjara. Ibu dan ayah saya... mereka... mereka dah tiada puan... mereka tak sempat pun jenguk abang saya. Tak sempat pun..." Menangis-nangis El dengar cerita sebenar. Mereka diuji dengan kasih sayang keluarga.

"Haq dapat kasih sayang dari papa dia. Saya? Saya dan abang saya tidak sempat lagi bahagiakan ibu dan ayah kami. Dia dapat papa dia. Tapi saya? Saya hilang selamanya... ibu dan ayah saya... mereka meninggal di riba saya puan. Masih terasa lagi darah arwah di tangan saya. Masih teringat lagi macam mana arwah meninggal depan mata saya!"

"Saya minta maaf. Demi Allah! Saya masih cintakan Haq tapi untuk bersama... saya tidak mampu. Saya tidak sanggup telan air mata darah arwah ibu bapa saya dan terus bersama arwah!!" raung El sekuatnya. Dia tidak peduli lagi pandangan bosnya pada dia. Mereka nak dia terima Haq tapi mereka tidak faham betapa terseksanya El untuk telan semua dosa dia pada arwah dan penipuan Haq!

"Saya... saya hilang ibu dan ayah saya... saya rindu ibu..." Menangis-nangis El merintih. Lemah hingga dia tidak sanggup tolak pelukan isteri tuan haji.

"Ya Allah nak... bawak mengucap..." Lembut usapan isteri bosnya pada belakang El. Usapan yang buat El tambah rindukan ibunya.

ELHAQ (COMPLETED)Where stories live. Discover now