ELHAQ 19

6.9K 312 3
                                    


Haq pandang kekasih sebelahnya. Alahai monyoknya. Merajuk sangat ni.

"Sayang."

"Sayang oh sayang..." usik Haq lagi. Senyap lagi. Entah marah atau malu ni.

"Apaa....." Nak tak nak aje El menjawab. Badan masih lagi lemah dah paksa keluar dating macam ni. Tak cantik lagi tu. Dah siap pakai lawa-lawa. Haq sarung sweater lelaki itu ke badannya.

"Merajuk?"

"Laa... kesayangan saya sakit. Takkan nak biarkan El kesejukan."

El jeling tajam. Geram tapi makin Haq suka. Angau!

"Nak ke mana ni?"

"Rahsia?" Haq terkekek kecil. Lagi bila dapat jelingan ke dua. Alahai garang sangat buah hati dia ni. Telefon yang berbunyi menarik perhatian mereka berdua.

"Tolong angkatkan please... Sayangkan tak suka Haq angkat telefon time drivng." Haq tersengih. Pesanan El ketika mereka bercinta saja diulang.

El mencebik. Tapi dia tolong jugak angkatkan telefon Haq. Beberapa kali dah berbunyi. Mesti hal penting.

"Encik Haq!"

Erk! Rasa macam kenal aje suara tu. El jeling Haq disebelah. Alamak nak cakap apa ni? "Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Eh ni bukan nombor Encik Haq?" Soalan si pemanggil buat El gabra. Telefon lelaki itu dihulur.

"Siapa yang?"

"Err... Orang ofis."

Kening Haq terangkat. Risau semalam ni. Takut kantoi ke apa ni?

"Cakap kalau tak urgent suruh call I semula. Tengah cuti takkan nak kacau jugak." Perlahan suara Haq memberitahu. Sebenarnya boleh aje dia jawab walaupun El tak bagi. Tapi saja nak tengok respon El. Oh! Ada hati nak rahsiakan hubungan mereka ek.

"Nombor Encik Haq kan?" Si pemanggil menyoal lagi.

"Aah. Haq tengah driving. Ada penting ke ek?" tanya El. Kemudian dia terus besarkan suara agar Haq dengar perbualan mereka.

"Err... puan... saya ada benda penting. Kalau boleh Encik Haq kena datang pejabat sekarang."

Haq mula mendengus. Tidak puas hati. Ingat senang dia nak cuti?

"Puan sayang. Tanyakan benda apa yang penting sangat tu." Dalam tidak puas hati tu sempat jugak Haq mengusik. El dah jeling tajam. Saja nak kenakan dia.

"Err... Encik Haq dengar?"

"Ya saya dengar. Apa yang penting sangat tu?"

"Benda yang encik siasat tu. Saya dah jumpa dalangnya."

Haq genggam kuat stereng kereta. "Siapa? Dapat total spesifik?"

"Dapat Encik. Jumlah semuanya 2.2 juta. Semua tu disyaki masuk ke dalam akaun Cik Heliza secara ansuran dalam beberapa akaun setiap bulan." Pandangan terus beralih pada El disebelah. Membalas pandangan El yang nyata terkejut. Kening mula berkerut.

El telan liur. Dada ikut berombak. Tidak faham tapi. Tapi dia turut resah bila nama dia menjadi sebutan.

"Heliza? Siapa maksud awak?"

"Cik Heliza. Bekas COF kita yang baru saja letak jawatan..."

Haq brek mati. Hon kereta belakang diabaikan. Pandangan beralih pada El yang tengah gosok dahi akibat hantukan pada dashboard.

El songlap duit syarikat?

ELHAQ (COMPLETED)Where stories live. Discover now