"El tak mampu bu. El sayang Haq. El tidak faham kenapa ibu dan ayah tidak sukakan Haq... El cintakan Haq bu..." pujuk rayu El bila ibu mula berkeras.
"Minta berpisah El. Ibu carikan yang lain ya..."
Tiada sebab waktu tu El nak tinggalkan Haq. Haq pun sedaya upaya untuk ambil hati ibu dan ayah. Waktu tu segala kebaikan Haq depan mata El. Haq tu alim pun ya. Tapi El tidak pernah faham kenapa ibu berkeras tidak mahu El bersama Haq.
Bukan El tidak pernah suarakan. Tapi ibu sekali pun tidak pernah buka mulut. Ayah apa lagi.
Jiwa tengah muda. Janji untuk senang dan bahagiakan ibu ayah dilupakan. Lupa janji pada Haris untuk senangkan hati ibu dan ayah.
"Sebab Haq anak orang tu! Haq anak orang yang aniaya abang. Haq tahu semua pasal abang! Haq tutup mulut sendiri bila abang dianiaya. El nak sangat orang macam tu! Orang yang aniaya anak ibu. Orang yang seret abang El masuk penjara? El nak?!"
Jeritan ibu bergema satu rumah. Tahulah El punca sebenar. Bergegar tangannya dengan kebenaran yang dia baru tahu.
"Selama ni..."
"Selama ni..."
"Haq tipu El..." Bertahun dia bersama Haq. Bukan sekali dua El menangis depan Haq atas nasib abangnya. Haq macam tidak tahu apa-apa. Kena lagi waktu tu Haq kerja di Kedah dan dia pun belajar sana. Jauh dari KL. Jauh dari keluarga. Sekali pun dia tidak pernah nampak Haq berada dalam mahkamah perbicaraan abangnya dan orang tu.
"El... El nak dengar dari mulut Haq." Kunci kereta dicapai. Bila El nak keluar rumah. Ayah jerit panggil namanya. Ayah tarik kunci dari tangan El bila El hilang dengan dunia sendiri.
El yang lost macam tu. Mustahil ayah nak biarkan El memandu. "Biar ayah bawa El jumpa orang tu dan Haq sekali. Ibu kunci rumah sekarang!" suara tegas ayah tidak mampu El tepis.
El hanya ikut bila ayah seret dia masuk kereta.
Ibu pegang El sepanjang perjalanan. Kuat. Dan El seperti hilang dengan dunia sendiri. Yang dia nampak ibu sebelah memang sudah mengalirkan air mata. Ibu menangis sebab dia. "Kenapa Haq buat El macam ni bu? Bodohnya El..." sempat El meluah.
"Ibu tidak tahu nak. Apa dosa keluarga kita ditindas macam ni? Apa salah anak-anak ibu?" Ibu merintih. Yang abang dihancur kerjaya dan kehidupannya. Yang adik disiat-siat hati selepas segala kasih sayang dicurahkan. Yang menyedihkan kenapa dari keluarga yang sama.
El pandang rumah besar. Ayah parking saja depan rumah. Kebetulan waktu tu pintu pagar rumah jelas terbuka. Dari depan pagar lagi El nampak. Haq dan orang tua tu bergelak ketawa. Entah sebab apa. Sebab tertawakan mereka agaknya.
Ya Allah. Bodohnya El.
Maafkan El abang... El lupa janji El pada abang.
ANDA SEDANG MEMBACA
ELHAQ (COMPLETED)
RomansaELHAQ. Dulu... polosnya seorang El mengukir nama itu bersama Haq. Naifnya seorang El melakar cinta dengan Haq. Tanpa sedar cinta ELHAQ mula membunuh kehidupan seorang El. Kerana cinta dia hilang segala. Haq punca kematian ibu bapanya. Haq punca ke...
