"Do you believe on happilly ever after miss"
El terdiam. Pekerja bawahannya dipandang seketika sebelum kepala mengeleng perlahan.
"Maybe..." Jawapan El mengundang kerutan di wajah pekerja yang lain.
"Miss pernah ada bad experience?" tanya seorang lagi budak bawah jagaannya. Berani. Yang lain sudah menjeling tajam pada budak bernama Ain itu. El yakin memang bakal gosiplah kalau dia buka cerita dia. Tapi jadi bos andartu macam dia memang biasa menjadi umpatan pekerja bawahan. Lagipun dia bukanlah jenis bos peramah walaupun tidak banyak kerenah.
"Bad one girl. But yea.. let the past passed. Into relationship just not my priority anymore. But when good one comes to you guys... accept on how the story goes and live your love happily."
"Walaupun cerita cinta I tidak seperti yang I harapkan. I cukup bahagia dan bersyukur dengan apa yang I ada sekarang.." Jawab El tenang.
Pekerja yang mendengar nasihat darinya hanya tersenyum senang hati. Iya cakap memanglah senang. Tapi nak melalui semua tu, banyak air mata yang dia pernah bazirkan.
"Betul tu miss. Mesti parents miss bangga dengan miss sekarang ni. Kalau miss berhenti lepas tu buka company sendiri pun dah boleh."
El tersenyum kecil. "I'm not expecting on running my own company. But there is a plan for my own future. Insya-Allah. Doakan rancangan saya berjaya."
"Amin..."
El tersenyum kecil. Hari ni releks sikit sebab itulah dia boleh duduk lepak dengan pekerja bawahannya. Dia sendiri pun payah ikut keluar makan dengan mereka ni. Kebetulan budak praktikal bawah jagaannya bakal meninggalkan jabatan dan syarikat mereka. El turutkan saja cadangan penolongnya untuk meraihkan hari terakhir budak tersebut. Malah dia sendiri yang keluarkan duit belanja mereka semua.
Sekurang-kurangnya boleh elak dari Haq yang asyik paksa dia keluar makan bersama!
Perbualan mereka terhenti bila semua terdengar nama El menjadi perbualan hangat di meja berdekatan.
"Biarlah mereka tu miss. Yang penting kami tahu miss macam mana orangnya."
El tersenyum kelat. Memang tidak sah kalau jadi bahan umpatan. Entahlah. Selama ni dia hanya buat kerja sendiri. Tapi sejak dua tiga minggu ni memang cukup telinganya tadah gosip pasal diri sendiri. Lebih-lebih lagi sejak Haq jejak syarikat ni.
"I dengar cerita El keluar dengan semua staff dia. Betul ke?"
"Sajalah tu bodek orang-orang dia. Andartu tu bukannya suka sangat ikut staff dia keluar. Ke dia nak ambil budak praktikal dia tu jadi anak ikan tak? Ewww! Geli tekak I fikirkan andartu tu selera budak-budak."
El ketap bibir dengar mulut-mulut jahat itu umpat pasal dia. Makin rancaklah pula mengata pasal dia. Haih susah juga jadi bahan dengki orang ni. Bukan cara dia untuk jadi kaki kipas bos atau staff lain. Dia jenis buat kerja sendiri pun kena umpat.
"Agak-agaklah. El tu nak budak lelaki tu. Baru budak U aje kut." Balas si geng mengutuk.
"Eh! Mana kau tau? Sekarang ni perempuan tua terlajak macam El tu memang gila budak lelaki muda. Tengoklah retis sekarang ni. Suami muda tapi bini hampir menopos macam si El ni."
Pap!
El berdiri sambil memukul meja. Kuat hingga tiga orang minah meja depan tu terlatah. Staff lain yang turut berada di kantin pun terkejut dengan meja dihentuk dan pinggan berlaga.
Badan ditoleh memang geng keras mengutuknya itu. Satu nafas ditarik. Orang dari jabatan pentadbiran. Memang muka kaki gosip syarikat.
El terus saja tinggalkan meja tanpa peduli muka mereka yang pucat lesi terpandang dia tadi. Itulah umpat tak tengok kiri kanan. Dah lah suara mengutuk sampai satu kantin boleh dengar. Ikut angin dia memang nak saja bagi lempang satu persatu. Biar rasa sakit macam hati dia. Tapi kreadibiliti dia kena jugak jaga sebagai salah seorang bos di syarikat tu. El sendiri pun malas nak ambil port.
YOU ARE READING
ELHAQ (COMPLETED)
Storie d'amoreELHAQ. Dulu... polosnya seorang El mengukir nama itu bersama Haq. Naifnya seorang El melakar cinta dengan Haq. Tanpa sedar cinta ELHAQ mula membunuh kehidupan seorang El. Kerana cinta dia hilang segala. Haq punca kematian ibu bapanya. Haq punca ke...