ELHAQ 6

6.5K 347 1
                                    




Sejak kejadian di kafe tempoh hari. El kembali menjadi El yang tegas, pendiam dan suka buat kerja sendiri.

Kalendar atas meja kerja dicapai. El menghitung hari. Ada dua bulan lagi. Sudah tiba masanya. Rasa cukuplah tempoh dia berkhidmat di syarikat ni. Masa untuk dia bawa diri. Bukan dia tidak pernah utarakan pada Tuan Haji Baktiar sebelum ni. Tapi tuan haji senang dengan cara dia bekerja. Dinaikkan pangkat asalkan El berkhidmat lebih lama di syarikat itu.

Cukuplah. Sejak menjalani latihan industri hingga umur melebihi tiga puluh siri ni ada baiknya dia buka langkah.

"El..."

Pandangan kalih pada Haq. Si kacak bertenggek depan pintu. "Apa you nak?" Kalendar letak balik tempat asal. Jemari disimpul satu sama lain atas meja. Menahan rasa tidak senang dalam hati.

"Jangan hilang dari I lagi."

"Apa maksud you?" Dada El tiba-tiba berdebar. Entah kenapa wajah gusar Haq mencorak rasa lama dalam hati. Tiba-tiba ingin betulkan rambut yang agak serabut tu.

Tadi dia nampak Haq keluar bilik. Pergi bilik Tuan Haji Baktiar agaknya.

"I dapat rasa you macam nak lari dari I."

El balas pandangan Haq sebelum dia alihkan pada jemari sendiri. Dikuatkan simpulan sepuluh jarinya. Menguatkan hati yang rapuh.

"I tidak lari Haq." Dia bukan lari. El memang dah lama rancang perjalanan hidupnya. Perletakkan jawatan ni pun sudah lama dalam rancangannya. Sebelum Haq muncul semula lagi. Cuma kehadiran Haq mempercepatkan tempohnya sahaja.

Bila Haq bersikap macam ni. Lebih menguatkan hati untuk teruskan rancangannya.

"El..." Haq tidak pernah jemu panggil El macam tu. Dileret harakat nama El yang singkat tu jadi panjang.

"I pernah hilang you sekali. I tak sanggup untuk kehilangan kali kedua El. I'll die..."

"Jangan cakap macam tu Haq. Orang dengar nanti." El tidak kisah Haq nak cakap macam tu. Bukannya Haq tu buta agama nak mati kalau dia tiada. Dan bukannya dia tidak faham bahasa 'bunga-bunga' Haq tu.

El lagi kisah kalau pekerja lain dengar. Lagi teruk lagi terkena. Cukuplah dia bawa diri sendiri. Waktu rehat macam ni pun dia lagi rela makan dalam pejabat sendiri dari ke kafe.

"I tak peduli apa orang cakap El."

"Suka hati you la. Kalau tak ada apa-apa lagi tolong tinggalkan I sendirian. I nak rehat." Waktu sunyi macam sekaranglah kegemaran El. Lagi suka bila keadaan tenang macam sekarang. El senang macam tu.

Kerusi dipusing berpaling dari Haq. Sudi lagi hadap dinding dari lelaki itu. Haq kenangan dan dia tidak sanggup ulang kenangan lama.

note : last for today i think. esok sambung upload lagi . tq and happy reading ☺️

ELHAQ (COMPLETED)Where stories live. Discover now