Sayang sakit? – Haq
El mengeluh ketika baca Whatsapp dari Haq. Seminggu dia cuti. Kali ni lebih lama dalam sejarah dia bekerja.
Haq pun sakit.
Sakit rindu.
Cepat balik kerja semula ya. I miss you.
Tiga pesanan dari Haq buat hati El tambah liang libu. Diletak telefon atas meja semula. Mata dipejam. Berat sikit kepala sekarang ni. Banyak sangat fikir. Tidur malam pun tidak pernah tenang.
Sejak Haq muncul semula. Kenangan yang dia cuba 'redha' mula menghimpit El lagi.
"Ibu..." Menitis air mata di kelopak yang masih tertutup. El rindu. Tengah serabut macam ni, rasa sunyi sangat menyeksakan.
Macam mana dia nak maafkan Haq?
Macam mana dia nak terima lelaki itu lagi?
El rasa kalau dia terima Haq, umpama dia belakangkan arwah ibu dan ayah. Bukan dia tidak cinta.
Demi Allah! El masih cintakan Haq.
Tapi untuk bersama dengan Haq. Umpama dia khianat arwah ibu dan ayah.
Bunyi loceng rumah menyedarkan El. Sekali dengan telefon yang mula berdering.
Abang Haris.
Suara dibetulkan sebelum mengangkat panggilan si abang. "Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam? El tak sihat? Ada di rumah?"
"Hurm..."
"Abang dekat luar ni."
"Luar mana? Rumah kita? Tapi El dekat rumah sewa ni."
"Abang tahu. Abang depan rumah sewa El la ni... Abang lupa bawa kunci rumah El."
"Eh kejap." Talian dimatikan. Laju El ke pintu. Muka jangan cakaplah. Memang terkejut gila. Tanpa tunggu lama dia buka grill untuk pelawa abangnya masuk.
"Abang ada instinct adik abang ada masalah. "
Mengalir air mata El. Terharu. Badan Haris terus dipeluk. Dia tahu Haris tidak suka. Tidak sopan sebab El dah besar. Tapi El nak juga peluk.
"Kenapa ni dik?" Kepala El diusap lembut. Teruk sangat rupannya ni.
"El rindu ibu."
Haris ketap bibir. Dapat agak dah. Tapi dia biarkan dulu. Bagi El tenang kejap. Kalau El yang tua bangka ni 'lari rumah' tahulah dia si adik rindu dan rasa bersalah dengan kematian arwah.
"Berapa lama cuti?" Suara Haris dari dapur mula menyoal. Terbalik. Tetamu yang buatkan neslo panas untuk diri sendiri dan tuan rumah.
"Dua minggu."
"Berapa?" Haris yang keluar dengan dua muk kembali menyoal.
"Thanks. Dua minggu." Ulang El lagi sambil sambut muk dari abangnya.
Haris angkat kening. Whoa! 'Pencapaian' sangat ni kalau dah cuti sampai dua minggu. "Lama."
"Abang ni janganlah buat muka macam tu."
"Teruk sangat sakit tu dik. Sakit hati ni dik, hanya Allah dan diri sendiri aje boleh buat. Bawa beristifar Heliza." Tidak lain tidak bukan pasti kes dulu lagi ni.
Haris geleng kepala. Adiknya yang periang dan adiknya yang sekarang ni jauh berbeza.
"Bang..."
Haris terus pandang adiknya. Menanti ayat seterusnya dari Heliza. Adiknya tu masih lagi termenung pandang luar balkoni. Bersandar malas pada sofa satu tu. Teruk sangat keadaan Heliza ni. Fikirnya.
"Apa perasaan abang ketika dalam tu?" Soal El yang masih pandang luar.
"Maksud adik dalam penjara?"
El kalih pada si abang. Kepala diangguk perlahan.
"Abang bersyukur."
Kerut kening El bertambah. Tidak faham.
YOU ARE READING
ELHAQ (COMPLETED)
RomanceELHAQ. Dulu... polosnya seorang El mengukir nama itu bersama Haq. Naifnya seorang El melakar cinta dengan Haq. Tanpa sedar cinta ELHAQ mula membunuh kehidupan seorang El. Kerana cinta dia hilang segala. Haq punca kematian ibu bapanya. Haq punca ke...