(N.A.D)
Ting.
Phone yang terletak atas tilam berbunyi menandakan ada mesej whatapp yang baru masuk. Daripada notification panel, tertera nama Nazri. Andai saja nama itu muncul di ruang skrin telefon, bibir secara automatic mengukir senyum.
“Nadrah.”. Ringkas kiriman mesej dari si dia yang jauh di Sabah. Perkenalan yang terjadi semasa berada di zaman matrikulasi membibitkan rasa sayang di hati Nadrah.
Andai saja lelaki itu bukan seorang gay dan andai saja dia memahami semua hint yang pernah Nadrah berikan.
“Ye saya. Nape? Rindu aku ea?” balas Nadrah.
“Haha.. Perasan. Wei aku rasa kan aku suka someone lah.” Berdebar jantung Nadrah saat mata meniti setiap perkataan yang ada di skrin telefon.
Dari satu sudut hati Nadrah, dia berharap agar Nazri akan mengatakan orang yang dia suka itu berjantina lelaki. Namun, di sudut hati lagi satu, Nadrah mengharapkan Nazri menyukai perempuan selepas usaha kerasnya selama ini untuk menarik Nazri agar kembali kepada fitrah.
“Eerrm.. Kau suka siapa? Boy ke girl? Aku kenal ke orang tu?”
“Girl. Aku suka girl. Aku first time nampak dia hari tu. Masa aku nak pergi kelas. Hahha.. cantik sangat dia wei. Pakai tudung. Kulit putih. Tapi aku tak tahu nama dia siapa. Aku cuma nampak dia sekali je hari tu.”
Bagai disambar petir, remuk hati Nadrah saat itu. Air mata tak mampu ditahan.
Usaha Nadrah selama tiga tahun akhirnya berhasil membawa Nazri kembali pada fitrah. Namun, pengakhirannya tak seperti yang Nadrah harapkan. Nadrah mengharapkan apabila Nazri kembali kepada fitrah, Nazri akan memilih Nadrah menjadi pelengkap hidup. Ternyata Nadrah silap.
#Mana ada rule dalam dunia ni yang cakap kalau kita suka kan seseorang itu, orang tu pun kena suka kita semula (Hlovate)#
YOU ARE READING
N.A.D
RomantikCinta itu menguatkan. bukan melemahkan Tentang Nadrah yang mencintai Syafiq. Perkenalan secara online membibit cinta di hati. Namun, perkhabaran tentang Syafiq yang menghidap barah menbantutkan segalanya.