(N.A.D)part-2
Sebulan sejak hubungan Nadrah dan Nazri putus, Nadrah terlalu sunyi. Tiada lagi Nazri yang akan bertanya khabar pada setiap pagi. Tiada lagi orang yang akan ada untuk dia hubungi setiap kali dia perlukan teman.
Nadrah mula mencari keseronokan dengan bermain 'shake' di wechat. Ramai yang menegur Nadrah. Tapi yang menegur semuanya sekadar bermain-main untuk menghilangkan bosan.
Hari ini rancak berbual. Keesokan harinya dan seterusnya senyap. Hilang seperti tidak pernah wujud.
Pagi ini Nadrah sekali lagi bermain shake. Satu notification masuk. Ada yang menghantar greeting.
"Assalamualaikum" tegur dia yang entah siapa.
"Waalaikumsalam" balas Nadrah. Terus Nadrah menerima friend request daripada orang itu di wechat."Assalamualaikum. Hai awak. Terima kasih sebab accept saya."
"Waalaikumsalam. Sama-sama" pendek Nadrah membalas. Jauh di sudut hati, Nadrah percaya orang yang menegur dia itu seorang lelaki. Dan Nadrah teramat pasti lelaki itu akan pergi selepas beberapa hari berbual dengannya."Saya nak gambar awak boleh?" Tanya lelaki itu.
"Nama awak siapa?" Terus Nadrah bertanya. Permintaan lelaki itu dibiar sepi.
"Jai." Ringkas.
"Oohh, umur? Orang mana?" Tanya Nadrah lagi.
"Umur 28. Orang Penang. Nama awak siapa?" Peranan bertanya bertukar kepada lelaki itu.
"Nadrah. 21. Johor." Seringkas-ringkasnya Nadrah memperkenalkan diri."Nadrah? Cantik nama. Orang nya cantik x?" Lelaki itu memancing Nadrah.
Nadrah membuka galeri dan memilih gambar yang dirasakan cantik untuk dihantar pada lelaki bernama Jai.
Selesai menghantar gambar kepada lelaki itu, Nadrah diam. Menanti respon lelaki di hujung sana.Entah kenapa Nadrah berdebar menanti respon lelaki itu. Nadrah takut andai lelaki itu hanya menilai rupa dan tidak ingin berkawan dengannya.
-do not fall in love with the face and body. Fall in love with the spirit, heart and character (anonymous) -
-Sha-
YOU ARE READING
N.A.D
RomanceCinta itu menguatkan. bukan melemahkan Tentang Nadrah yang mencintai Syafiq. Perkenalan secara online membibit cinta di hati. Namun, perkhabaran tentang Syafiq yang menghidap barah menbantutkan segalanya.