N.A.D (part 12)

80 6 0
                                    

N.A.D

Part 12

“Pandai pon awak mengucap. Nanti kita nak nikah, tok kadi suruh awak mengucap dulu. Jadi sebelum tok kadi suruh awak, baik saya suruh awak dulu.” Syafiq menjelaskan sebab kenapa dia menyuruh Nadrah menucap dan kemudian ketawa kecil.

“Kita nak nikah ke?” Tanya Nadrah. Terkejut dia mendengar penjelasan Syafiq. Nak mengajak nikah terus ke dia? Tanya hati Nadrah. Dua minggu kenal pun tak sampai ni. Nak ajak nikah dah.

“In shaa Allah kalau ada jodoh. Saya sayang awak. Awak dah memiliki hati saya.” Tenang Syafiq meluahkan isi hati. Nadrah merasakan jantungnya terhenti mendengar luahan Syafiq. Dalam hati, Nadrah bahagia dengan luahan perasaan itu. Ringkas tapi mampu membuatkan jantungnya tergolek.

“Terima kasih awak.” Pendek Nadrah menjawab. Dia tak tahu nak jawab apa sebenarnya. Dia malu. Pertama kali ada lelaki yang meluahkan perasaan pada dia.

“Terima kasih je? Awak tak sayang saya ke? Awak masih suka pada kawan awak tu?” Tanya Syafiq. Nadrah tidak dapat meneka perasaan Syafiq ketika itu kerana nada Syafiq bercakap cukup santai. Santai seperti tiada apa yang terjadi walaupun sebenarnya dia sedang menanyakan perasaan Nadrah.

“Saya.. saya..ish awak ni. Kenapa tanya macam tu. Malu lah saya. Tak kan saya nak cakap.”

“Cakap je. Bukannya awak nampak saya pun.” Giat Syafiq mengusik Nadrah. Dia tahu perasaan sebenar Nadrah tapi dia mahu Nadrah menyebut sendiri kata sayang itu. Nadrah yang pemalu. Bila agaknya dia akan meluahkan isi hati dia.

“Nadrah. Saya nak nyanyikan satu lau untuk awak. Sekejap ea saya ambil gitar.” Ujar Syafiq. Hati Nadrah bertambah berbunga-bunga dengan tindakan Syafiq. Nadrah diam di hujung talian.

Seminit kemudian, bunyi petikan gitar mula kedengaran.
Suara Syafiq  berkumandang di telinga Nadrah. Dia menyanyikan lagu Selamat Malam untuk Nadrah. Lagu Faizal Tahir. Tahu lah dia nak tidur, dia nyanyikan kita lagu selamat malam. Cik abang, dah pagi lah ni. Pukul 10 dah. Detik hati Nadrah. Tapi dia terus mendengar.
Hari ini akan menjadi kenangan untuk Nadrah. Pertama kali dia mendengar suara Syafiq. Luahan perasaan daripada Syafiq. Segalanya tentang Syafiq. Dia akan ingat.

-Shah-

N.A.DWhere stories live. Discover now