N.A.D (part 6)

102 6 2
                                    

N.A.D

Part 6.

“Eh awak ni. Saya bagitahu apa yang saya belajar. Saya blajar jadi saya tahu lah. Saya kan sekolah agama. Saya dah belajar semua tu tau. Tak kan lah saya nak bagitahu benda tak betul.” Tingkah Nadrah. Dia tak mahu kalah dengan Jai. Terasa tercabar ego diri.

“Macam mana kalau apa yang awak bagitahu tu salah. Dan buat dia jauh daripada Islam. Awak ingat dia nak sangat ke belajar pasal Islam. Kalau dia nak belajar tentang Islam, kenapa dia tak pergi Islamic centre? Dan kenapa pertanyaan dia semuanya hanya fokus pada pemakaian perempuan? Pada aurat perempuan?”
Ayat-ayat Jai membuatkan air mata Nadrah mengalir.

Nadrah terasa hati apabila ditegur sedemikian rupa. Nadrah diam dan hanya merenung skrin telefon memerhati Jai yang masih menaip di hujung sana. Dalam senyap Nadrah menangis.

“Awak. Senyap je. Awak tak nak cakap dengan saya lagi ke?” Jai sedar perubahan Nadrah. Jika sepanjang tiga hari ini Nadrah banyak bercerita, namun malam ini selepas ditegur Nadrah terus mendiamkan diri. Merajukkah dia?

“Awak…” panggil Nadrah pendek.

“Ye saya.” Pendek juga Jai menyahut.

“Saya takut dengan awak. Cara awak marah scary. Saya dapat bayangkan macam mana nada awak bila marah tu. Saya dapat bayang muka awak masa marah tu.” Balas Nadrah.

“Tapi awak. Awak dah lulus ujian pertama daripada saya. Cuma saya tak sangka je ujian pertama saya buat saya takut dengan awak sampai saya yang menangis.” Sambung Nadrah lagi.

Sengaja Nadrah menguji Jai untuk melihat reaksi Jai apabila marah.

“Oooh. Awak saja ea. Kenapa awak nak uji saya? Kira saya dah lulus lah ni?” balas Jai. Terkena dia malam ini.

“Kan siang tadi awak uji saya. Nak buat dia jadi adil, saya kenalah uji awak semula. Dan awak dan lulus ujian pertama saya. Walaupun awak marah, tapi awak tak keluarkan kata-kata kesat. Ayat awak tak menyakitkan hati. Awak tak dipengaruhi emosi masa marah.” Terang Nadrah.

Sebelum Nadrah menguji Jai dengan membuat dia marah, Nadrah telah terlebih dahulu diuji oleh Jai. Jai menguji ilmu agama Nadrah. Ringkas soalan Jai. Namun Nadrah tidak dapat melepasi ujian tersebut.
Jai menguji Nadrah dengan menyuruh Nadrah memberitahunya tentang bacaan doa tidur. Nadrah dapat menjawab soalan Jai yang pertama berkaitan doa tidur. Namun, Nadrah tersekat di soalan yang kedua. Soalan kedua Jai ialah dia meminta Nadrah memberitahunya tentang bacaan doa naik kenderaan. Bagaimana doa naik kenderaan.

Jai sedar Nadrah boleh mencari jawapannya untuk soalan itu di Google. Tapi Jai juga tahu Nadrah seorang yang jujur. Dia tahu Nadrah tidak akan sedemikian. Walau baru tiga hari berlalu, banyak perangai dan sifat-sifat Nadrah yang berjaya Jai kenal pasti. Pada Jai, Nadrah seorang yang mudah mempercayai orang. Nadrah seorang yang lurus.

-Shah-

N.A.DWhere stories live. Discover now