Part 17N.A.D
"Awak, operation macam mana? Ok? Saya risau. Dah lah saya tak boleh chat awak. Khabar awak semua saya takde."
"Sayang, saya okay. Kan putera awak ni seorang yang kuat semangat. Saya rasa, saya tahu apa yang awak fikir masa tengok mesej saya tadikan" balas Syafiq.
"Saya fikir apa?" Tanya Nadrah.
"Awak fikir macam mana kalau yang mesej awak tadi bukan saya. Macam mana kalau yang mesej awak tadi tu kawan baik saya. Dia nak bagitahu awak yang saya dah takde." Tepat ramalan Syafiq. Menang itu perasaan Nadrah semasa mula-mula dia menerima mesej tadi.
"Haah. Memang. Saya takut awak. Takut sangat. Tapi kan dalam masa yang sama, saya tahu, dan saya yakin yang awak selamat dan awak akan mesej saya harini. Saya dapat rasa" balas Nadrah.
"Mesti awak tahu kan kenapa awak boleh rasa macam tu? Saya tak perlu bagitahu awak pun awak dah boleh tahu. Sebab kedua-dua tekaan awak tu betul." Syafiq menguji Nadrah untuk mengetahui sejauh mana Nadrah faham soal hati.
"Tahu. Saya dapat rasa dan teka semua tu sebab hati kita dekat kan. Bila hati kita dekat, apa yang pasangan kita rasa, kita pun dapat rasa kan.?" Nadrah menjawab soalan Syafiq dengan ilmu yang pernah Syafiq kongsikan dahulu.
"Pandai pun puteri saya. Alhamdulillah. Saya harap semua yang saya pernah bagitahu dan ajar pada awak, dapat awak amalkan and ingat sampai bila-bila." Syafiq mengajar Nadrah sebanyak mungkin ilmu yang dia ada agar saat dia pergi nanti, Nadrah mampu menjadi sekuat pohon yang mencengkam tanah. Dia tahu Nadrah seorang yang kuat semangat.
"Awak, ada apa-apa operation lagi lepas ni?" Tanya Nadrah. Dia risau jika Syafiq perlu bertarung nyawa lagi di dalam bilik pembedahan.
"Entah. Ada kut. Pembedahan susulan. Tak tahu lah. Puteri saya tak nak belajar ke? Pergi belajar ye. Saya tak nak kacau awak. Assalamualaikum sayang" Syafiq segera menamatkan perbualan.
"Waalaikumsalam Syafiq, cinta hati saya."
-Shah-
YOU ARE READING
N.A.D
RomanceCinta itu menguatkan. bukan melemahkan Tentang Nadrah yang mencintai Syafiq. Perkenalan secara online membibit cinta di hati. Namun, perkhabaran tentang Syafiq yang menghidap barah menbantutkan segalanya.