N.A.D (part 7)

97 6 0
                                    

N.A.D

Part 7

“Assalamualaikum awak.” Tegur Jai pagi itu.

“waalaikumsalam. Hai awak.” Pendek Nadrah membalas.

“Buat apa tu?” Tanya Jai.

“Tengah bersiap nak pergi kelas ni. Awak dah balik kerja ea? Awalnya. Selalu awak dekat pukul 8 baru mesej saya. Hari ni baru pukul 7 dah mesej” pelik Nadrah apabila Jai mesej pada awal pagi.

“Saya baru keluar daripada kilang. Nak balik rumah lah ni. Kejap lagi kita mesej ye. Assalamualaikum” balas Jai. Nadrah membiarkan mesej Jai tidak berbalas.

Nadrah terus bersiap untuk ke kelas. Sementara menunggu bus, Nadrah melakukan rutin hariannya dengan menghantar whatapp kepada mamanya.

“Assalamualaikum mama. Kita tengah tunggu bus. Nak pergi kelas ni.” Tegur Nadrah.

“Waalaikumsalam. Sorang je ke tunggu bus? Dah breakfast?” Tanya mama Nadrah.

Mama Nadrah juga sentiasa mengambil berat tentang Nadrah. Kerana hanya Nadrah yang dia ada. Anak lelakinya yaitu adik Nadrah, telah diambil oleh ayah Nadrah semasa ibu bapa Nadrah bercerai.

“Yup. Sorang je. Mama, kita nak bagitahu ni.” Berdebar Nadrah untuk menaip ayat seterusnya. Nadrah tidak dapat menjangkakan apa reaksi mamanya nanti.

“Haa, bagitahu apa?” Tanya mama Nadrah.

“Ada orang kirim salam dengan mama. Dia cakap dia bakal menantu.” Nadrah menyampaikan salam yang dikirim Jai.

“Siapa tu yang kirim salam? Gambar please. Nak menilaikan dia.”

Reaksi mama nadrah adalah sesuatu yang tidak dijangka. Nadrah fikir dia akan dimarahi. Tapi sebaliknya mama Nadrah tidak marah sebaliknya ingin mengenal lelaki itu. Nadrah menghantar gambar Jai.

“Eerrmm. Nama siapa? Orang mana? Umur? Kerja apa? Solat cukup tak lima waktu? Ada hutang tak? Dia duduk dengan siapa?” pertanyaan mama Nadrah umpama peluru berpandu ynag tidak berhenti-henti menghujani.

“Erk. Haha. Tak tahu lah mama. Nanti lah kita tanyakan dia. Mama bus dah sampai. Nanti kita mesej mama lagi”

Nadrah menamatkan perbualan dengan mamanya.
     
-SHAH-

N.A.DWhere stories live. Discover now