N.A.D. (part 15)

81 3 0
                                    

Part 15

N.A.D

Nadrah terdiam saat ayat itu mencecah telinga. Bagai empangan pecah, laju air mata mengalir. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia menangis. Yang dia tahu, dia tak sanggup kehilangan lelaki itu dan perkhabaran yang baru disampaikan ini merobek hatinya dengan belati kerisauan.

Sungguh dia tidak dapat bayangkan apa akan jadi andai Syafiq pergi meninggalkan dia. Nadrah cuba mengawal suaranya agar Syafiq tidak tahu bahawa dia sedang menangis.

"Nadrah, kenala senyap," tanya Syafiq. Nadrah berdehem beberapa kali sebelum menjawab pertanyaan Syafiq.

"Tak ada apa-apa,"

"Awak menangis?" Soal Syafiq. Soalan ini menyebabkan air mata Nadrah terhambur lagi dan kali ini sungguh dia tak kuat untuk menyembunyikan tangisannya. Sendu berlagu dan bunyinya memberitahu Syafiq bahawa di hujung talian sana, wanita itu betul-betul mencintainya. Masakan dia akan menangis andai perasaan yang dialaminya palsu.

"Nadrah, jangan menangis. Kenapa awak menangis ni? Saya tak apa-apa pon," lembut Syafiq memujuk. Sungguh dia tak mahu Nadrah menangis. Tak sanggup dia melihat kesayangannya bersedih hati.

"Awak sakit, macam mana saya tak nangis. Saya tak nak hilang awak. Syafiq, sumpah saya tak nak hilang awak. Saya sayang awak," dalam esak tangis Nadrah meluahkan isi hatinya.

"Awak, hidup mati ni semuakan dah Allah tentukan. Kalau nak mati, sekarang pun boleh mati tau sayang. Awak kena kuat macam saya. Cuba bayangkan kalau saya tak kuat. Mesti saya salahkan Allah kan sebab buat saya sakit macam ni. Tapi saya tak buat macam tu. Sebab saya percaya Allah. Masih ada iman dalam hati saya. Awak pun kena kuat jugak sama-sama dengan saya. Awak kan seorang puteri. Puteri kena kuat tau," panjang lebar Syafiq menerangkan. Dia juga sempat memanggil Nadrah dengan panggilan puteri untuk memujuk hati Nadrah semula.

Nadrah tertawa kecil dalam tangisnya. Dia cuba untuk kuat. Dia harap dia mampu untuk bersama Syafiq. Walau masih ada debar di hati, dia diam dan sembunyikan agar Syafiq tidak tahu tentang perasaaannya. Dia mesti kuat untuk Syafiq.

"Awak, berapa lama dah awak sakit? Dah stage berapa? Awak duduk hospital mana ni?" Tanya Nadrah. Dia perlu tahu keadaan Syafiq. Sekurang-kurangnya is sedikit sebanyak dapat mententeramkan hatinya.

"July tahun lepas saya dapat tahu. Saya duduk kat hospital yang company punya lah. Company kan ada bagi insurans. Best kat hospital ni. Ada nurse cantik," sempat Syafiq mengusik Nadrah.

"Awak!!! Ngada-ngada tau. Tau lah awak duduk kat hospital, tapi apa nama hospital tu? Awak buat rawatan apa je sekarang? Doktor cakap apa?" Tanya Nadrah. Dia tak puas hati apabila pertanyaannya dijawab secara main-main oleh Syafiq. Syafiq hanya ketawa kecil di hujung talian.

"Awak tak payah tahu lah. Biar saya sorang je yang tahu," pendek Syafiq menjawab.

"Alah kenapa? Saya nak tahu," Nadrah mula merengek-rengek untuk mengetahui keadaan Syafiq.

"Saya tak nak awak tahu. Sebab nanti kalau ada apa-apa jadi pada saya, awak tak dapat cari saya. Bila awak tak dapat cari saya, nanti senang awak nak lupakan saya," ujar Syafiq.

Tak Syafiq. Tak akan. Tak semudah itu untuk seorang Nadrah melupakan awak andai dalam hatinya, sudah terpahat nama Syafiq. Semua kata-kata itu hanya mampu terluah di dalam hati Nadrah. Dia tak kuat untuk meluahkan isi hatinya kepada Syafiq.

-Shah-

N.A.DWhere stories live. Discover now