N.A.D part 21

91 7 1
                                    


Part 21

N.A.D

30 April 2016

Nadrah menghabiskan masa seharian di rumah sewa. Tanpa makan, tanpa minum. Dia sentiasa resah apabila memikirkan tentang Syafiq.

Nadrah juga bercadang untuk tidak menghadirkan diri pada majlis makan malam yang diadakan oleh fakultinya. Biarlah duit yuran 'burn' sekalipun. Nadrah tidak peduli. Dia tidak mampu untuk berseronok apabila memikirkan yang Syafiq akan bertarung nyawa di atas meja bedah pada malam ini.

Syafiq menghubungi Nadrah.

"Assalamualaikum sayang." Lemah terdengar suara Syafiq.

Merembes air mata Nadrah. Dia tahu ini panggilan terakhir daripada Syafiq sebelum dia menjalani pembedahan.

"Sayang, Nadrah adalah seorang perempuan yang dah berjaya mengukir nama di hati saya. Kalau ini takdir yang Allah dah tetapkan, saya rela mati dengan menggenggam hati awak. Saya bawa cinta ini sampai ke akhirnya. Jaga diri sayang. Jangan lupa solat. Belajar elok-elok." Perlahan Syafiq menuturkan setiap baris ayat.

Air mata Nadrah mengalir tanpa dapat ditahan. Perpisahan terlalu susah untuk diterima.

"Awak, awak takut tak sekarang ni?" Tanya Nadrah dalam esak tangis.

"Saya takut. Saya takut bila fikir saya akan tinggalkan orang-orang yang saya sayang. Mak dan awak, puteri saya."

"Sayang, awak perlu kuat tau. Daripada mula kita kenal, saya tahu puteri saya seorang yang kuat. Awak kuat untuk pertahankan diri sendiri bila kawan-kawan awak menentang hubungan awak dengan saya. Awak dah kuat sayang. Awak dah matang. Saya nampak semua perubahan awak daripada kita mula kenal."

Nadrah hanya mampu mendengar tanpa membalas kata-kata Syafiq. Dia terlalu sedih.

"Awak, happy first month anniversary. Syafiq, hari ni genap sebulan kita kenal." Hanya itu ucap Nadrah. Dia tak mampu berkata-kata lagi.

"Sayang, saya nak solat. Nak berhajat pada Allah. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi ye. Assalamualaikum. I love you Nadrah. "

Hanya setakat itu perbualan mereka. Syafiq dan Nadrah berpisah selepas genap sebulan mereka kenal. Nadrah tahu untuk kali ini, pemergian Syafiq akan mengambil masa yang lama.

Nadrah terus mengambil wudhuk. Hanya kiriman doa yang mampu dihantar pada Syafiq bila diri tak mampu berdiri menemani di sisi.

-Shah-

*maaf pendek. Writer menangis. 😭

N.A.DWhere stories live. Discover now