N.A.D (part 3)

115 7 0
                                    

(N.A.D)Part-3

"Awak" tegur Jai selepas Nadrah menghantar gambar.
"Yup" ringkas jawapan Nadrah.
"Saya tak pernah jatuh cinta dengan bidadari. Saya rasa saya dah jatuh cinta kat awak lah".

Nadrah langsung tidak mempercayai kata-kata yang diluah oleh Jai. Pada Nadrah tak mungkin Jai akan jatuh cinta dengan dia. Nadrah tidak mahu terlalu cepat mempercayai lelaki. Bimbang andai hati terluka.

" Eleh, Yelah tu. Awak. Saya nak gambar awak pulak boleh?" Tanya Nadrah.

Tanpa menunggu respon Jai, Nadrah terus mengajukan lagi soalan lain.

"Eh, awak ni lelaki kan?" Terkedu Jai bila ditanya soalan begitu. Terdetik dalam hatinya adakah perempuan yang baru dia kenali ini meragui jantinanya.

"Kenapa awak tanya macam tu? "
"Yelah. Saya tanya je dah awak guna gambar Apple kot kat profile picture awak tu. Sebab tu saya tanya." Terang Nadrah.

"Tulin 16 karat" balas Jai. Tersenyum Nadrah. Lama dia tidak tersenyum selepas peristiwa bersama Nazri dulu.
"Mana tau awak ingat saya gay kan?" Mesej Jai lagi. Senyuman Nadrah semakin lebar.

"Hahaha, awak ni. Takdelah saya fikir macam tu. Dah tu saya ni pakai gambar kasut. Awak nak cakap saya apa? Mak nyah?" Balas Nadrah. Senyuman masih tak lekang daripada bibir Nadrah. Hatinya mula berbunga-bunga dengan lawak lelaki itu.

"Oohh, awak mak nyah ke? Dah lah kasut awak tu busuk. Hehehe". Galak Jai mengusik Nadrah.

" Eeiii.. Awak ni. Mana ada kasut saya tu busuk. Tu kan gambar je." Geram Nadrah diusik begitu.

"Awak. Nak gambar awak boleh? Saya dah bagi gambar saya." Nadrah mencuba nasib untuk mencungkil identiti lelaki itu. Nadrah tertanya-tanya siapa lelaki itu sebenarnya.

Tak sampai seminit menunggu, telefon Nadrah berbunyi menandakan ada mesej baru yang masuk. Mesej daripada Jai.

Jai menghantar gambar seperti yang diminta Nadrah. Terdiam Nadrah melihat wajah Jai. Pada Nadrah, Jai seorang lelaki yang ada rupa.

"Terima kasih awak." Balas Nadrah.

Nadrah menanti kata-kata lain daripada Jai. Seminit, dua minit. Senyap. Tiada respon daripada Jai.

Bosankah dia dengan Nadrah?

-Shah-

N.A.DWhere stories live. Discover now