Part 11
N.A.D
“Awak, saya nak tanya boleh?” Nadrah meminta izin.
“Tanyalah. Kalau saya boleh jawab saya jawab.” Ujar Syafiq.
“Awak reti baca Alfatihah? Tahu maksud? Saya nak dengar awak baca boleh?” senafas Nadrah meluahkan pertanyaan. Ketawa Syafiq dengan tingkah Nadrah.
“Awak, stop.. stop.. lampu merah awak.” Syafiq meneur Nadrah. Tergelak – gelak dia mengusik Nadrah.
“Eh lampu merah? Mana ada lampu merah kat sini. Awak tengah drive ke? Ada lampu merah? Tadi kata dah sampai rumah.” Ujar Nadrah.
“Saya memang dah sampai rumah. Awak tu yang kena ada lampu merah. Laju sangat awak cakap. Tak ada stop. Jadi saya bagi lah awak lampu merah. Kalau tak awak lampu hijau je.” Seronok Syafiq dapat mengusik Nadrah. Comel dan banyak cakap.
“Ish, awak ni. Saja je tau. Awak, cepatlah baca Alfatihah.” Balas Nadrah. Dia pun tak sedar betapa lajunya dia bercakap.
“Apa kata awak yang baca Alfatihah. Bagi maksud sekali. Saya tahu awak saja suruh baca sebab awak nak uji saya kan?” alamak, Nadrah terkena balik.
“Memanglah saya tau baca. Kan kena baca masa solat. Saya nak dengar awak baca.” Nadrah masih memujuk Syafiq untuk membaca Alfatihah. Tak reti putus asa betul. Tapi dia tahu Syafiq tak kan membaca Alfatihah untuk dia.
“Awak reti mengucap?” Tanya Syafiq tiba-tiba. Terkedu Nadrah ditanya soalan begitu. Jantungnya kembali berdebar-debar.
“Tau lah baca. Tak kan tak tau pulak.” Jawab Nadrah. Perlahan dan tidak berkeyakinan.
“Haa, kalau awak tahu, baca sekarang dengan maksudnya.” Syafiq terus menyuruh Nadrah mengucap. Nadrah menjadi berdebar semula. Namun dikuatkan hatinya dan dia mula membaca kalimah syahadah beserta maksudnya sekali. Selepas selesai, Nadrah diam menanti respond Syafiq.
-Shah-
YOU ARE READING
N.A.D
RomanceCinta itu menguatkan. bukan melemahkan Tentang Nadrah yang mencintai Syafiq. Perkenalan secara online membibit cinta di hati. Namun, perkhabaran tentang Syafiq yang menghidap barah menbantutkan segalanya.