Part 5
Tiga hari berlalu dan Nadrah masih berhubung dengan Jai. Nadrah hanya berhubung dengan Jai melalui wechat. Tidak pernah Jai meminta Nadrah untuk memberikan nombor telefon atau apa saja untuk memudahkan lagi mereka berhubung. Hanya wechat menjadi medium untuk mereka berbual.
Sepanjang tiga hari berkenalan, Nadrah telah menghafal waktu-waktu yang akan digunakan Jai untuk menghubunginya.Jai hanya akan menghubungi Nadrah pada jam 7 selepas dia pulang bekerja. Sehingga jam 9 ppagi mereka berbual. Kemudian Jai dan Nadrah akan meneruskan kerja mereka sepanjang hari dan hanya berhubung semula pada jam 5.30 petang yaitu sebelum Jai berangkat kerja.
Pada malam hari, Nadrah akan berhubung dengan Jai sewaktu Jai sedang berehat. Jai hanya akan berehat pada jam 9 malam, 12.30 tengah malam dan 4 pagi. Nadrah sanggup bangun pada setiap kali waktu rehat Jai semata-mata untuk berbual dengan Jai.Malam itu, Nadrah berbual lagi dengan Jai memandangkan esoknya Nadrah tidak mempunyai kelas. Sementara menunggu masa rehat Jai, Nadrah berbual dengan seorang lelaki Australia yang dikenalinya semasa bermain shake.
“Assalamualaikum Nadrah.” Tepat jam 9 mesej Jai pun tiba.
“Waalaikumsalam awak. Rehat dah ye. Dari tadi saya tunggu awak.” Adu Nadrah.
“Haah. Baru je rehat. Awak dah makan? Tengah buat apa tu?”
“Makan dah tadi. Ni baru habis mesej dengan sorang lelaki and mesej dengan mama.” Terus terang Nadrah menjawab.
Niat di hati ingin melihat reaksi Jai. Cemburu ke dia andai Nadrah bermesej dengan lelaki lain. Hari tu dia jugakkan yang kata dia jatuh cinta walau baru sekali melihat gambar Nadrah.
“Oohh. Mesej dengan mama. Kirim salam kat mama ye. Cakap bakal menantu kirim salam.” Bergetar jantung Nadrah saat mata meniti setiap baris perkataan.
“Haha. Yelah. Nanti Nadrah sampaikan. Bakal menantu ye.” Dalam menaip ayat, hati Nadrah dilanda gundah. Betulkah apa yang dikatakan Jai.
“Awak mesej lelaki mana tu? Awak cakap apa je dengan dia?” Tanya Jai. Jai mula mengorek cerita daripada Nadrah. Pada Jai dia hanya ingin menguji Nadrah. Dia ingin mengenal siapa Nadrah.
Nadrah tanpa berlengah terus menghantar screenshot mesej-mesejnya bersama lelaki Australia itu.Kesemua mesej tersebut dalam Bahasa Inggeris. Selesai Nadrah menghantar semua gambar tersebut, Nadrah diam menanti reaksi Jai.
“Awak cakap apa tu dengan dia? Saya tak faham lah. Saya mana reti Bahasa Inggeris ni.” Mesej Jai. Nadrah dengan perasaan yang agak bengang mula menceritakan isi kandungan mesejnya bersama lelaki Australia itu.
“Saya takde borak apa sangat pun dengan dia. Dia kata dia berminat dengan Islam. Then dia tanya lah pemakaian perempuan Islam macam mana. Dia tanya kat dalam rumah pun kena pakai tudung semua ke. Dia tanya lah kalau kat rumah saya pakai baju yang macam mana.” Panjang lebar Nadrah menerangkan kepada Jai.
“Lepas tu awak bagitahu apa?” balas Jai.
“Saya bagitahu lah pasal Islam.” Angkuh Nadrah menjawab.
“Apa yang awak tahu pasal Islam? Awak yakin ke yang semua awak bagitahu tu betul. Macam mana kalau salah? Lagipun saya rasa lelaki tu saja je cakap macam tu. Sebenarnya dia nak tahu pasal awak je. Nak membayangkan awak dalam pakaian yang macam tu.” Bidas Jai.
Terdiam Nadrah apabila dibidas sebegitu. Namun, kerana ego Nadrah tidak mahu mengalah dengan Jai semudah itu.
-Shah-
YOU ARE READING
N.A.D
RomansaCinta itu menguatkan. bukan melemahkan Tentang Nadrah yang mencintai Syafiq. Perkenalan secara online membibit cinta di hati. Namun, perkhabaran tentang Syafiq yang menghidap barah menbantutkan segalanya.