N.A.D (part 4)

108 7 1
                                    

-Part 4 -

5.59 pm

Nadrah sedang menghabiskan masa di dalam bilik sementara menunggu Maghrib. Maghrib di Sarawak awal jika dibandingkan dengan Maghrib di semenanjung Malaysia. Tiba – tiba telefon Nadrah berbunyi menandakan ada mesej masuk.

“Assalamualaikum” ringkas Jai menegur. Berbunga-bunga hati Nadrah melihat mesej itu.

“Waalaikumsalam. Awak, saya ingat awak tak nak mesej saya lagi. Senyap je tiba-tiba pagi tadi.” Panjang Nadrah membalas mesej Jai.

Nadrah tak dapat mengawal perasaan terujanya apabila Jai muncul dan memulakan perbualan.
“Saya tidur tadi awak. Saya kerja malam. Ni pun tengah bersiap nak pergi kerja.” Jai sekadar memberitahu secara ringkas.

Nadrah tertanya-tanya tentang kerja Jai. Tapi sebelum sempat Nadrah bertanya dengan lanjut, Jai telah mengakhiri perbualan singkat mereka. Dia perlu pergi mencari rezeki.


8.30 pm

Riuh rendah dapur rumah sewwa itu apabila Kici, Pat  dan Nadrah bersama-sama menyediakan makan malam. Nadrah menetap di rumah sewa bersama kawan-kawan sefakulti selepas permohonannya untuk menetap di kolej telah ditolak. Nadrah satu-satunya Muslim di dalam rumah itu manakala rakan yang lain semuanya beragama Kristian.

Sedang riuh di dapur, telinga Nadrah menagkap bunyi notification telefonnya. Notification wechat. Dalam hati Nadrah mengharap semoga Jai yang menghantar pesanan. Nadrah terlalu mengharap. Berlari Nadrah meninggalkan dapur dan mendapatkan telefon.

“Assalamualaikum.” Ringkas Jai memberi salam. Salam yang menguntum senyum di bibir Nadrah. Entah apa yang merasuk Nadrah. Kehadiran lelaki itu walau baru beberapa jam membuat dia bahagia.

Aahh. Mungkin saja rasa itu Cuma sebentar. Biasalah siapa tidak teruja berkenalan dengan lelaki yang kacak. Leka Nadrah melayan chat Jai. Tapi dalam masa yang sama Nadrah masih meneruskan aktiviti bermain shake di wechat.

-shah-

N.A.DWhere stories live. Discover now