N.A.D part 19

74 4 0
                                    


Part 19

N.A.D

"Nurse tu kan awak, dia ada mak ayah tapi mak ayah dia dah bercerai. Jadi dia tinggal dengan nenek dia. Dia tak tahu Mengaji. Tak tahu solat. Semua solat daripada subuh sampai isyak dia buat 4 rakaat." Cerita Syafiq. Bersungguh-sungguh dia bercerita.

"Oh, lepas tu?" Intonasi suara Nadrah mula berubah dan tidak menunjukkan tanda-tanda cemburu.

"Lepas tu saya ajar lah dia 24434. Puteri saya tahu kan apa maksud nombor-nombor tu? Tanya Syafiq. Sengaja dia mengambil kesempatan untuk menguji Nadrah.

" tahu, bilangan rakaat kan.? Mesti nurse tu mula nak berubah lepas kenal awak kan?" Nadrah serkap jarang.

"Yep. Tapi saya dah cakap buat tu kena ikhlas. Bukan sebab saya." Balas Syafiq. Dia langsung tidak menafikan tuduhan Nadrah. Kerana sememangnya tuduhan itu betul.

Nadrah masih terus- terusan mengingatkan Syafiq tentang hubungannya dengan nurse tersebut. Dia tak suka bila nurse itu terang-terangan menunjukkan minat terhadap Syafiq.

"Dia tahu tak awak ada saya?" Tanya Nadrah.

"Tahu. Sebab semalam masa saya call awak, dia ada kat depan saya. Dia tengah siapkan ubat saya masa tu." Balas Syafiq.

"Masa bila?" Tanya Nadrah.

"Kan semalam saya ada call awak. Masa saya panggil awak sayang tu, dia datang. Jadi dia dengar lah apa yang saya berbual dengan awak. Saya panggil awak sayang, saya cakap awak cantik. Awak suka tak?" Tanya Syafiq. Berbunga-bunga hati Nadrah mendengar penjelasan Syafiq. 🌸🌸🌸🌸

"Dia tak tanya ke siapa saya?" Tanya Nadrah lagi.

"Tanya. Dia tanya awak siapa. Saya cakaplah awak puteri saya. Lepas tu dia tanya kenapa awak tak pernah datang jenguk saya kat hospital. Saya cakaplah yang awak jauh. Ada kat Sarawak. Itu je" balas Syafiq. Nadrah senang hati mendengar jawapan daripada Syafiq.

Sekurang-kurangnya dia tahu Syafiq jujur dalam perhubungan. Walau orang sekeliling Nadrah asyik mengatakan bahawa Syafiq seorang penipu, namun hati Nadrah tidak sedikit pun tergugat. Dia masih tetap mempercayai Syafiq.

Andai Sahaja dia boleh mengeluarkan hatinya dan membiarkan orang-orang di sekelilingnya merasai perasaannya ketika itu. Perasaan Nadrah yang sangat yakin bahasa Syafiq tak akan menipunya. Dia yakin tentang hal itu.

-Shah-

N.A.DWhere stories live. Discover now