N.A.D part 16

87 7 0
                                    


Part 16

N.A.D.

Semenjak Syafiq dimasukkan ke hospital, masa yang diluangkan untuk mereka bermesej semakin berkurangan. Tambahan pula, di hospital masa Syafiq lebih banyak dihabiskan dengan berehat.

Seminggu selepas itu, Syafiq menjalani pembedahan pertamanya. Syafiq sempat memaklumkan tentang pembedahan yang akan dijalankan kepada Nadrah.

Nadrah telah membuat pembacaan yang teliti berkaitan pembedahan yang selalunya dilakukan ke atas pesakit cancer. Nadrah juga sedia maklum akan kesan - kesan yang mungkin Syafiq lalui. Antara kesan pembedahan tersebut termasuklah koma, hilang ingatan atau meninggal dunia.

Nadrah terus menerus berdoa supaya Syafiq selamat menjalani pembedahannya. Tiga hari berlalu sejak Syafiq menjalani pembedahan, tiada langsung perkhabaran yang diterima Nadrah.

Sepanjang tiga hari ini Nadrah sentiasa keresahan. Sudahlah dia tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang Syafiq yang membolehkan Nadrah untuk menghubunginya. Maklumat tentang hospital tempat Syafiq berada juga tidak diketahui.

Nadrah hanya mampu mengirimkan doa setiap kali Syafiq terlintas di fikirannya. Pada hari ketiga selepas Syafiq menghilang sejak pembedahannya, entah kenapa naluri Nadrah kuat mengatakan bahawa Syafiq selamat menjalani pembedahan tersebut dan Syafiq akan menghubunginya pada hari ini.

Semakin masa beranjak ke petang, semakin kuat perasaan Nadrah untuk mempercayai nalurinya sendiri.

Selepas maghrib sewaktu Nadrah sedang membaca semula mesej-mesej lamanya bersama Syafiq, Nadrah tiba-tiba melihat nama Syafiq yang tertera di skrin bertukar menjadi typing.

Lama Nadrah merenung perkataan typing itu sehingga telefonnya bergetar menandakan mesej daripada Syafiq.

"Assalamualaikum kesayangan saya." Mesej Syafiq.

"Waalaikumsalam awak. Saya tahu awak selamat. Saya tahu awak akan mesej saya hari ni. Awak. Saya rindu awak" bertalu-talu mesej Nadrah hantar. Sia tidak mampu mengawal perasaannya ketika itu.

-Shah-

*sorry, tak dapat sambung tulis. tengah nangis 😭😭

N.A.DWhere stories live. Discover now