Part 13
N.A.D
9 April 2016.
Awal pagi lagi Nadrah dan rakan-rakannya bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Nadrah dna tiga orang lagi kawannya akan berangkat ke Johor, kampung halaman Nadrah untuk menghabiskan masa selama empat hari di sana sepanjang cuti pertengahan semester.
Semasa di dalam perut kapal terbang sempat Nadrah menghantar mesej kepada Syafiq untuk memberitahu dia akan keberangkatan Nadrah pulang ke Johor bersama rakannya. Penerbangan yang mengambil masa ampir dua jam amat menggelisahkan Nadrah. Dia risau jika Syafiq mencarinya.Selepas mendarat, Nadrah segera menghidupkan telefonnya untuk menghubungi mamanya dan Syafiq. Dia hanya mahu memaklumkan tentang keadaan dirinya yang telah sampai ke destinasi. Nadrah kecewa kerana sepanjang dua jam dia mematikan telefon, Syafiq langsung tidak menghantar mesej. Nadrah berfikir mungkin Syafiq letih selepas semalaman bekerja.
Petang itu selepas Nadrah check in di hotel bersama rakan-rakannya, dia membawa rakan-rakannya makan sambil berjumpa dengan mamanya.Semasa berjumpa dengan mamanya, Nadrah mendapat mesej daripada Syafiq. Syafiq hanya bertanya khabar kepada Nadrah dan menyuruh Nadrah menghabiskan masa bersama mamanya.
12 April 2016
Hari ketiga Nadrah di Johor. Pagi itu Nadrah berhubung dengan Syafiq seperti biasa. Daripada bertanya khabar, perbualan menjadi tegang apabila Syafiq berterus terang dengan mengatakan bahawa dia sentiasa memadam semua perbualan bersama Nadrah setiap hari selepas mereka selesai berbual.
“Kenapa awak padam semua mesej kita? Saya tak pernah padam pun tau. Awak nak sembunyikan kehadiran saya daripada sesiapa ke? Awak tipu saya ke?” bertubi – tubi Nadrah bertanya pada Syafiq.
“Nadrah, mana ada. Tak semestinya saya padam mesej tu saya sembunyikan awak daripada sesiapa.” Balas Syafiq pendek.
“Tak payah lah delete. Kan nanti boleh baca balik semua mesej tu. Kan semua tu kenangan kita.” Bidas Nadrah. Dia mula ragu-ragu dengan Syafiq, apatah lagi bila kawan-kawannya selalu mengingatkan dia tentang bahaya berkenalan secara online.
“Memang saya padam semua mesej kita. Tapi saya ingat setiap apa yang awak bagitahu. Semua yang kita bualkan daripada awal kenal sampai sekarang. Mesej dalam telefon tak penting yang penting memori yang kita simpan dalam fikiran dan hati.” Lembut ayat Syafiq menerangkan rasional tindakannya kepada Nadrah.
Nadrah yang dikawal emosi hanya membiarkan mesej Syafiq sepi tanpa balasan. Dia lebih memikirkan tentang hatinya yang sakit kala itu. Selepas lima minit, Syafiq menghantar satu lagi mesej.
“Puteri saya merajuk ye? Takpelah, jaga diri nanti masa keluar jalan – jalan dengan kawan. Doa naik kenderaan yang saya ajar jangan lupa baca tau. Assalamualaikum” ringkas Syafiq berpesan. Nadrah hanya membalas mesej Syafiq dengan menjawab salam.
Sepanjang hari itu, Nadrah sibuk membelek telefonnya dan mengharapkan Syafiq untuk menghubunginya. Sampai ke petang, tiada satu mesej yang diterima. Selalunya paling lambat Syafiq akan menghantar mesej kepada Nadrah pada jam 6 petang. Namun sehingga sekarang Syafiq tidak menghantar mesej.
Nadrah mula berfikir sebenarnya Syafiq hanya ingin mempermainkan dirinya. Menyesal Nadrah tidak mengikut cakap rakan-rakannya supaya mnjauhkan diri dan memutuskan hubungan dengan Syafiq. Sehingga Nadrah tidur, masih tiada mesej daripada Syafiq yang Nadrah terima.
Sepanjang malam Nadrah berjaga dan menunggu mesej Syafiq. Dia terlalu resah apabila Syafiq mendiamkan diri. Nadrah juga telah menghantar mesej kepada Syafiq untuk meminta maaf andai dia ada terkasar bahasa dan mengguris hati Syafiq.Pagi itu, seblum berangkat untuk pulang ke Kuching, Nadrah sekali lagi meninggalkan pesanan untuk Syafiq. Nadrrah hanya memberitahu yang dia akan memulakan perjalanan balik ke Kuching.
-Shah-
YOU ARE READING
N.A.D
Lãng mạnCinta itu menguatkan. bukan melemahkan Tentang Nadrah yang mencintai Syafiq. Perkenalan secara online membibit cinta di hati. Namun, perkhabaran tentang Syafiq yang menghidap barah menbantutkan segalanya.