N.A.D part 22

171 9 16
                                    


Part 22

N.A.D

Hari- hari berlalu tanpa sekalipun Nadrah gagal menghantar mesej kepada Syafiq. Kata-kata rindu, sayang dan doa tak putus- putus Nadrah kirimkan.

Sepi.

Tiada balasan daripada Syafiq. Setiap hari Nadrah menanti. Masih sepi. Kerinduan semakin memuncak.

Nadrah yang ceria mula berubah menjadi pemurung. Dia bukan Nadrah yang dulu.

"Nadrah, kau masih tunggu Syafiq?"

Tiada jawapan.

"Sejak kau kenal Syafiq, aku rasa kau banyak berubah. Aku rasa macam hilang kawan." Ujar Nisa, kawan baik Nadrah.

"Maaf. Aku terlalu cintakan dia."

Kerasnya hati Nadrah. Walau tiada berita diterima daripada Syafiq, dia masih percaya Syafiq hidup.

Kerana itu dia tidak pernah putus cuba menghubungi Syafiq. Dia mahu menunggu sehingga Syafiq kembali kepada dia.

8 May 2016

Hati Nadrah kuat mengingati Syafiq. Entah kenapa. Tak seperti selalu. Ingatannya seperti menjurus kearah Syafiq. Seperti ada yang menariknya untuk mengingati Syafiq.

Nadrah juga dapat merasakan bahasa Syafiq telah membaca kesemua mesej-mesej yang Nadrah hantar. Nadrah yakin.

9 May 2016

Perasaan Nadrah semakin kuat mengatakan bahawa Syafiq akan menghubunginya. Nadrah tidak langsung berpisah dengan telefonnya pada hari itu. Dia menanti panggilan daripada Syafiq.

10 May 2016

Telefon Nadrah berbunyi. Ada pnggilan yang diterima daripada wechat.

"Assalamualaikum." Sapa suara di hujung talian.

"Waalaikumsalam". Teragak-agak Nadrah menyambut salam.

" Syafiq." Panggil Nadrah.

"Ye sayang" sahut Syafiq.

Menangis Nadrah ketika itu. Dia merindui suara itu. Dia merindui panggilan sayang daripada dia. Dia merindui segalanya tentang Syafiq.

"Kenapa puteri saya menangis? Awak tahu kan saya tak suka awak menangis?"

"Awak, saya rindu awak. Jangan tinggalkan saya lagi. Saya terseksa hidup tanpa awak." Nadrah meluahkan perasaannya, tapi hanya esakan Nadrah yang lebih mendominasi.

"Awak, macam mana operation kedua hari tu?" Tanya Nadrah.

"Tak perlu tahu lah awak." Balas Syafiq lemah. Suaranya langsung tidak bersemangat. Kemana hilangnya Syafiq yang Nadrah kenal?

Syafiq bukan seorang yang lemah semangat. Nadrah tahu. Tapi malam ini, Nadrah dapat merasakan bahawa Syafiq tidak bersemangat.

"Awak, ceritalah. Saya nak tahu" rayu Nadrah.

"Mak cakap sedar je saya sebut nama Nadrah. Saya dah tak macam dulu awak. Saya koma hari tu. Doktor semua ingat saya tak kan bangun lagi. Doktor cakap saya bangun pun sebab saya kuat semangat."

"Awak." Nadrah tak mampu meneruskan kata-kata.

"Awak, esok saya operation lagi. Saya ada kat rumah sekarang ni. Esok subuh saya pergi hospital semula." Maklum Syafiq.

"Awak ada kat rumah?" Tanya Nadrah.

"Ye. Rumah. Saya dah dua tiga hari balik rumah. Setiap hari saya baca mesej awak. Saya ingatkan tak nak balas. Nak hilang macam tu je. Tapi saya kalah. Saya terlalu rindu kan awak." Luah Syafiq.

"Saya tahu awak baca mesej tu semua. Saya dapat rasa." Baals Nadrah.

Mereka terus berbual. Tak mahu membazir walau sedetik masa kerana entah esok masih ada untuk mereka.

"Mak dah bising. Suruh saya rehat." Beritahu Syafiq

"Rehatlah" balas Nadrah. Risau dia andai Syafiq tak cukup rehat.

"Sayang, kata-kata doktor dah tak penting untuk saya. Awak lebih penting untuk saya. Saya takut saya tak dapat dengar suara awak lagi lepas ni" kata-kata Syafiq sekali lagi membuatkan Nadrah menangis.

"Saya pun tak nak pisah dengan awak. Tapi awak perlu jaga kesihatan. Saya tak nak awak sakit. Awak kena rehat." Balas Nadrah.

"Nadrah. Saya nak peluk awak." Ujar Syafiq tiba-tiba.

"Peluk?" Tak mungkin mereka bersentuhan. Jarak memisahkan mereka.

"Percayakan saya. Tutup mata awak Nadrah" balas Syafiq ringkas.

Nadrah memejamkan mata. Dia menanti dengan debar di dada. Tiba- tiba Nadrah merasakan elusan halus bermula daripada tangannya dan melingkari tubuhnya.

Elusan lembut itu menerangkan Nadrah. Dia dapat rasakan kehadiran Syafiq. Dia tahu elusan lembut itu datang daripada Syafiq.

Menitis air matanya saat itu. Dia mahu masa terhenti. Dia mahu selama-lamanya bersama Syafiq.

"Sayang" panggil Syafiq.

"Ye.

" Sahut Nadrah.

"Terima kasih. Untuk semuanya. Pergi tidur" Syafiq ingin menamatkan perbualan.

"Awak, janji dengan saya esok subuh sebelum awak pergi hospital, awak mesej saya dulu. Saya tunggu." Minta Nadrah.

"In shaa Allah" balas Syafiq pendek.

Perbualan tamat. Nadrah tidur dengan linangan air mata. Tidurnya tak nyenyak.

Dia ditemani bayangan kehilangan Syafiq. Akhirnya Nadrah tidak mampu tidur. Dia hanya merenung kosong ke langit malam.

Langit dihiasi bintang. Cantik. Namun, langit yang cantik tak mampu mengubat kegundahan hati Nadrah.

Azan subuh berkumandang. Nadrah segera menunaikan solat. Selepas itu, disedekahkan doa agar Syafiq sentiasa dilindungi.

Nadrah menanti mesej daripada Syafiq. Dia mengharapkan Syafiq akan menghantar mesej seperti permintaannya malam tadi.

7 pagi.
8 pagi.
12 tengah hari.
8 malam.

Tiada. Tiada perkhabaran daripada Syafiq.

Dan Nadrah mengharungi hidup dalam penantian menanti kembalinya Syafiq ke dalam hidupnya.

-Tamat-

-Shah-

N.A.DWhere stories live. Discover now