N.A.D (part 10)

78 4 0
                                    

Part 10

N.A.D

Pagi itu. Pagi selasa. Pertama kali Syafiq meminta izin Nadrah untuk menghubunginya. Syafiq ingin mendengar suara Nadrah. Nadrah dengan penuh perasaan berdebar menanti panggilan daripada Syafiq. Bagai mahu meletup jantung Nadrah.

Nadrah menghabiskan masanya di student lounge sementara menanti panggilan Syafiq.
Student lounge sunyi. Hanya beberapa meja saja dipenuhi dengan beberapa orang pelajar yang sedang membuat perbincangan.

Nadrah seorang yang suka menyendiri. Dia sukakan perasaan apabila menyendiri. Seperti dadah yang menyebabkan ketagihan, begitulah Nadrah ketagihan untuk mempunyai masa bersendiri. Jauh daripada manusia lain. Hanya mendiamkan diri. Memerhati manusia. Dia suka begitu.

Lamunan Nadrah dikejutkan oleh getaran daripada handphonenya. Panggilan daripada Syafiq. Syafiq menghubungi Nadrah melalui aplikasi Wechat. Nadrah segera mengawal perasaannya yang berdebar pada masa itu. Jari sejuk Nadrah menyentuh skrin untuk menerima panggilan Syafiq.

“Assalamualaikum.” Terdiam Nadrah mendengar salam dari suara di sebelah talian. Lama Nadrah terdiam.

“Assalamualaikum, Nadrah. Dengar tak ni?” Tanya Syafiq disertakan dengan gelak kecil.

“Erk, haa.. dengar.. dengar.” Balas Nadrah tergagap-gagap. Gelak kecil Syafiq masih bersambung. Nadrah terasa malu.

“Awak, janganlah ketawa. Malu lah saya.” Perlahan Nadrah menegur. Antara nak dan tidak sahaja suaranya keluar. Bibir menguntum senyum. Hati berbunga mendengar suara dia. Dalam debar, terselit perasaan bahagia yang hanya Nadrah dan Syafiq rasai.

“Assalamualaikum awak. Jawab salam saya dulu. Dari tadi saya bagi salam.” Tegur Syafiq. Nadrah menjawab salam.

“Awak tengah buat apa tu? Ada kat mana ni?” Tanya Syafiq.

“Saya ada kat Unimas lah. Awal-awal pagi saya dah ada kat sini. Awak dan balik kerja ea? Ada kat rumah dah?” Nadrah cuba berbual dengan Syafiq. Perbualan yang terasa asing buat dia. Selama ini perbualan hanya melalui mesej-mesej yang dihantar, namun hari ini perbualan yang mengunakan suara.

Perbualan mereka berkisar tentang diri masing-masing. Syafiq pandai membuat Nadrah berasa selesa untuk berbual dengannya. Debaran di hati Nadrah mula hilang dan Nadrah dapat berbual dengan selesa.

Nadrah ingin bertanyakan banyak soalan tentang Syafiq namun Nadrah kenal perangai Syafiq. Jarang dia ingin bercerita tentang dirinya. Sebaliknya banyak hal tentang Nadrah yang dia tahu. Syafiq mengetahui tentang latar belakang Nadrah dan keluarga serta kehidupan silamnya apabila Nadrah sendiri membuka cerita.

Semua perangai Nadrah telah diketahui oleh Syafiq. Melalui pemerhatian Syafiq, Nadrah seorang yang cepat mempercayai orang dan Nadrah juga seorang yang lurus. Dia juga seorang yang sangat pemalu dan periang. Namun di sebalik sifat-sifatnya itu, tersembunyi diri Nadrah yang tidak ramai kenal. Nadrah seorang yang kuat semangat dan tegas. Itulah Nadrah dimata Syafiq.  

Periang namun memendam. Periang namun banyak kisah hitam yang mencalar maruah dan emosi sehingga meninggalkan trauma buat Nadrah. Nadrah yang istimewa di mata Syafiq. Nadrah yang mempunyai ciri-ciri seorang wanita yang Syafiq impikan.

“Awak. Saya nak tanya boleh?” Nadrah meminta izin syafiq sebelum bertanya soalan.

Pada Nadrah soalan yang akan dia tanya ini berkaitan dengan keperibadian Syafiq. Nadrah tidak mahu menjadi kurang ajar dengan menanyakan soalan yang terlalu peribadi. Dia faham jika Syafiq tidak mahu menjawab soalannya. Syafiq juga mahukan privasi.

-Shah-

N.A.DWhere stories live. Discover now