N.A.D
Part 8
Nadrah telah menghantar screenshot perbualan bersama mamanya kepada Jai. Nadrah harap Jai dapat memahami maksud Nadrah yang inginkan hubungan yang serius bersama Jai selepas Nadrah menceritakan tentang Jai kepada mamanya. Walaupun baru beberapa hari kenal, Nadrah telah betul – betul jatuh cinta dengan Jai. Namun, Nadrah juga sedar masih terlalu awal untuk dia meletakkan sebarang harapan untuk hubungan mereka.
“Assalamualaikum, Nadrah. Sihat? Buat apa tu? Awak bagitau mama ye pasal saya?”
“Waalaikumsalam, awak. Awak tak suka ke saya bagitau mama pasal awak? Awak juga yang cakap haritu kan. Suruh kirim salam pada mama. Cakap bakal menantu kirim salam. Bukan salah saya.” Balas Nadrah.
Sengaja Nadrah menyalahkan Jai atas tindakannya. Entah kenapa walaupun Nadrah menyukai Jai, tetapi dia masih mahu menjual mahal.
“Tak marah pun. Tapi kita kan baru kenal. Saya tak nak bagi apa-apa harapan pada awak. Sebab saya ni tak macam orang lain awak. Banyak sangat perkara pasal saya yang awak tak tahu.”
Kata-kata Jai umpama kelihatan seperti satu penolakan untuk Nadrah. Nadrah terasa malu akan perangainya sendiri. Seperti kelihatan gelojoh untuk melangkah ke fasa hubungan yang seterusnya. Jai seakan-akan dapat memahami perasaan Nadrah.
“Awak, saya nak kawan dengan awak. Sebab saya suka awak. Awak cakap awak nak berubahkan? Awak cakap awak nak jadi baik, jadi bijak, matang. Saya suka nak kawan dengan orang macam awak. Kita kawan ea.” Lembut Jai memujuk.
“Memang kita kawan pun. Siapa cakap awak ni special pada saya. Awak pun sendiri tahu kan yang saya kenal-kenal dengan awak ni sebab saya bosan. Awak tau kan saya suka orang lain. Lelaki yang saya cakap dulu tu. Yang gay tapi dia berubah and suka perempuan lain.” Nadrah cepat meenyembunyikan kekecewaan.
Ye, dia memang menyukai Nazri, kawan baiknya sendiri. Tapi itu dulu, sekarang dia telah menyukai Jai. Adakah cinta mula bertanda?
-shah-
YOU ARE READING
N.A.D
RomanceCinta itu menguatkan. bukan melemahkan Tentang Nadrah yang mencintai Syafiq. Perkenalan secara online membibit cinta di hati. Namun, perkhabaran tentang Syafiq yang menghidap barah menbantutkan segalanya.