Part 20N.A.D
Pertengahan May 2016
Syafiq memaklumkan kepada Nadrah bahawa dia akan menjalani pembedahan kedua. Pembedahan susulan. Seperti pembedahan pertama dahulu, tiada apa-apa maklumat yang Syafiq kongsikan bersama Nadrah. Semuanya dipendam sendiri.
Hari itu, Syafiq menghubungi Nadrah. Asyik bermesej sehingga dia merindui suara Nadrah. Dia ingin meluangkan masa sebanyak yang boleh untuk bersama Nadrah.
Dia risau jika dia tidak sempat membahagiakan Nadrah. Untuk Syafiq, selagi dia masih bernyawa, dia hanya ingin Nadrah bahagia. Gembira bersama dia.
"Assalamualaikum Nadrah. Rindu saya nak dengar suara awak." Tegur Syafiq sebaik panggilan bersambung.
"Waalaikumsalam, Syafiq. Awak sihat?" Nadrah gembira mendengar suara Syafiq. Tapi daripada suara Syafiq, Nadrah dapat meneka bahawa keadaan Syafiq semakin lemah. Suaranya semakin lemah.
"Nadrah, nanti dah kawin, awak nak panggil suami awak apa?" Tanya Syafiq. Ada sebak yang membuku di dada. Semuanya ditelan untuk memastikan kesayangannya tetap kuat dan tabah mengharungi dugaan ini.
"Kenapa awak tanya.? Saya nak panggil hubby. Bie." Balas Nadrah malu-malu. Dia tahu kehendak Syafiq. Syafiq ingin Nadrah memanggilnya dengan gelaran itu.
"Awak tahu kan saya nak apa. Hati kita kan dekat. Saya tak payah cakap pun awak dah boleh tahu." Balas Syafiq.
"Hubby." Pendek dan perlahan Nadrah mengucapkan kata itu. Dia malu. Sangat malu.
"Apa dia? Tak dengar lah awak " balas Syafiq.
"Hubby. Bie" sekali lagi Nadrah memanggil.
"Ye sayang." Syafiq menyahut.
Bagai nak melompat keluar hati Nadrah apabila Syafiq berjaya begitu. Pencairan hati sedang berlaku.
"Malam ni, kita berbual guna panggilan bie dan sayang ye." Pujuk Syafiq.
Nadrah bersetuju. Dia ingin menunaikan semua permintaan Syafiq kerana dia risau tentang masa yang mereka ada untuk mencipta memori bersama.
Dia takut andai dia tak sempat membahagiakan Syafiq. Nadrah juga sudah tidak berani merajuk. Dia takut Syafiq hilang seperti kali pertama dahulu selepas dia merajuk.
29 May 2016
Nadrah sibuk di kelas pada hari itu. Dia tidak sempat menghubungi Syafiq. Pada waktu zohor, Nadrah mendapat mesej daripada Syafiq.
"Assalamualaikum sayang. Bie minta maaf sebab dapat hadir dalam hidup sayang cuma sekejap. Maaf sebab tak dapat nak membahagiakan sayang."
Nadrah baru perasan kehadiran mesej tersebut. Berdebar hatinya. Dia cuba menelefon Syafiq namun tiada yang menjawab panggilnya. Mesejnya juga tidak berbalas.
Kerisauan Nadrah semakin menjadi-jadi. Dia dapat merasakan mesej itu merupakan mesej perpisahan daripada Syafiq. Malam itu, tiba-tiba Nadrah mendapat panggilan telefon daripada Syafiq.
Syafiq memberitahu pembedahannya ditangguhkan ke hari esok memandangkan tekanan darah Syafiq agak tinggi.
Perbualan malam itu lebih berkisar tentang hal-hal kerja Syafiq sebagai process engineer di sebuah kilang besar di Kulim.
Entah, mungkin sengaja topic sakit dan pembedahan tidak disentuh. Mungkin kerana ingin melambatkan perjalanan masa. Atau sekadar cuma ingin lari seketika daripada realiti.
-Shah-
YOU ARE READING
N.A.D
RomanceCinta itu menguatkan. bukan melemahkan Tentang Nadrah yang mencintai Syafiq. Perkenalan secara online membibit cinta di hati. Namun, perkhabaran tentang Syafiq yang menghidap barah menbantutkan segalanya.