" Ok ,itu sahaja untuk hari ini dan ingat hujung minggu ni kita ada camp. Jangan nak mengelat. Ingat, kalau kamu ponteng, keputusan exam PT3 kamu akan digantung. Remember that. " pesan Miss Amy.
" Ok miss." Sahut 3 Titanium.
" Good."
Semua ahli kelasnya sudah bersiap untuk balik manakala hanya Hyfa sahaja yang hanya duduk dan menyiapkan homework yang baru sahaja yang diberi sebentar tadi. Dia tak perlu cepat-cepat. Dah menjadi rutin hariannya untuk balik lambat sejak Datin Aini menurunkan arahan supaya pulang dari sekolah bersama Adam.
Adam pun apa lagi?? Terus suruh balik lambat sebab tak nak bagi pelajar lain nampak Hyfa tumpang kereta dia.
*****
" Mama, hujung minggu ni Hyfa ada camping. Mama benarkan ,kan ??" Tanya Hyfa setelah mereka sudah makan.
" Of course I will. By the way Adam, mama nak kamu tolong tengokkan Hyfa sepanjang berada di camp. Can you??" Tanya Datin Aini lembut.
Hyfa terus terpana. 'Dia pergi jugak ke?'
" What ever." Balas Adam malas-malas.
" Tak denya whatever awak tu Adam Zafran. Mama kata jaga maknanya jaga, hutan tu bahaya tau tak. Kalau mama tahu ada apa-apa yang jadi pada Hyfa , kamulah orang pertama yang mama cari." Bebel Datin Aini.
Hyfa hanya diam tak berkutik ; malas nak masuk campur perbualan anak beranak ni.
" Anak manja." Gumam Adam sambil memberikan jelingan tajam kepada Hyfa lalu bangun dan menuju ke pool.
" Abaikan je kata-kata Adam tu ye Hyfa." Pujuk Datin Aini lembut.
" It's ok, you don't have to worry about me. I'm ok." Hyfa membalas dengan senyuman manis. Lagipun memang tulah yang diterimanya setiap hari. Dah naik muak pun, tapi hatinya tetap rasa sakit dengan kata-kata sinis yang dilontarkan oleh Adam. Tapi apa boleh buat, sabar jelah.
Hyfa pun tak nak buat muka sebab dia tahu Datin Aini akan susah hati.
*****
" Cepatlah!!" jerit Adam yang sudah menunggu di kereta.
'Lambat betullah minah senget ni.' Gumam Adam .
" Bye mama."tangan Datin Aini terus disalam dan dicium kalut.
" Hati-hati ya Hyfa." Pesan Datin Aini dengan senyuman. Risau sangat dengan anak dara dia sorang tu, rasa macam tak sedap hati pulak bagi dia pergi camp tu. Tapi Datin Aini cuba untuk berfikiran positive. Nanti di'cop' pulak jadi mama yang suka mengongkong.
" Ok ma, love you!!"
BMW dipandu dengan cermat. Sepatah haram pun tak terkeluar dari celahan bibir dua manusia itu.
" Ehemm. Kenapa abang Adam tak cakap yang abang pun join camp ni??" Tanya Hyfa bagi menghilangkan suasana 'krikk krikk' yang bermaharajalela dalam kereta mewah itu.
" Perlu ke aku bagitahu? Bukan urusan kau pun. Mind your own business" pesan Adam sinis.
Hyfa mula menutup mulut.
" Sorry." Ucap Hyfa perlahan.
Adam tak membalas.
" Ingat apa yang aku nak cakap ni. Dekat sana aku nak kau kena pandai-pandai jaga diri. Memang tak lah aku nak jaga kau. Kalau kau cari masalah, pandai-pandai tanggung." Pesan Adam lagi.
Hyfa hanya mengangguk.
Apabila sampai di sekolah, Adam terus keluar dari keretanya tanpa menghiraukan Hyfa. Bagasi milik Hyfa ditinggalkan di bonet. Biar dia angkat sendiri.
" Hishh.. tak romantic langsung." Gumam Hyfa lalu mengangkat bagasinya dan menuju ke arah bas.
Selesai meletakkan bagasi di tempat yang di sediakan, Hyfa melangkah menaiki bas. Semua mata di atas bas itu sudah memandangnya.
' Dah kenapa semua orang tengok kat aku??'
Pandangan semua manusia itu dihiraukan. Hyfa mula mencari tempat kosong. Setelah ternamapak satu seat kosong, Hyfa terus menuju ke arah seat itu. Baru sahaja mahu melabuhkan punggung, ada yang menyekat.
" Eh eh, ni seat aku lah!! Kau pahal nak rampas tempat orang lain ni?! Budak miskin!" marah seorang pelajar perempuan yang berambut perang. Aku syak budak ni form 5, tu yang bongkak gila tu!!
Disebabkan tengkingan budak rambut karat tu, Hyfa kembali menjadi tumpuan ramai. Semua memandangnya sinis, siapa tak kenal Hyfa?? Dikenali sebagai budak paling miskin kat sekolah.
Hyfa hanya menunduk malu, dia menuju ke seat kosong yang lain. Dan nasib masih tak berpihak pada Hyfa. Baru sahaja punggung nak berehat atas kerusi, dia ditendang pula dari tepi. Hyfa jatuh seperti nangka busuk.
Semua yang berada di dalam bas itu gelak kuat.
" Wehh!! Ada 'gempa bumi' ke?! Kenapa kuat sangat bergoyang bas ni!" jeritan Mysa makin menguatkan hilaian ketawa pelajar yang berada di dalam bas itu.
Air mata Hyfa mula bertakung. Apa salah dia? Kenapa dia yang selalu kena? Padahal masa dia jatuh tadi sikit pun bas tak bergoyang. Hack tuih betul Mysa ni!! Hyfa bangun perlahan-lahan, dah tak tahu nak duduk kat mana.
Kalau duduk kat mana-mana seat yang kosong kan nanti tak pepasal kena terajang pulak.
' Baik aku balik.' Hyfa mula berputus asa. Tak sanggup nak layan perangai 'setan' budak sekolah ni.
" Pergi balik lah!!" jerit Iffa dengan sisa ketawanya. Semua mula mengejek Hyfa.
Adam yang dari tadi mendiamkan diri ; baru nak lelap mula rasa serabut dengan pekikan malaun-malaun dalam bas itu. Hatinya mula panas, paling pantang kalau ada yang mengacau tidurnya.
" Woii!! Boleh senyap tak, hah?!? Memekik jer kerja ,tak de kerja lain ke!!" tengking Adam tiba-tiba.
Dan semua manusia dalam bas itu mula mendiamkan diri. Muka semua dah pucat. Baran Adam dah datang, macam mana ni??
Jarang Adam tengking-tengking, selalunya kalau marah dia senyap jer. Yang suka main tengking-tengking kat sekolah ni namanya Amir Faqih.
" Kau!! Mari sini!!" Adam menunjukkan kearah Hyfa.
Hyfa bangun dengan perlahan, sakit doe jatuh!! Kalau jatuh biasa-biasa takpe jugak , ni sebab kena tendang. Memang sakit ah!!
" Kau, duduk sini. Jangan banyak cakap." Adam member kata putus lalu terus menutup mata. Hyfa hanya mengangguk lalu duduk dengan senyap.
" Hyfa..." panggil Hadziq dari seat belakang. Hyfa terus berpaling.
" Apa??"
" Sorry tau sebab tak boleh tolong Hyfa tadi. Kalau Hadzriq takde kat sebelah Hadziq dah lama dah Hadziq suruh Hyfa duduk sebelah Hadziq tadi." Pohon Hadziq dengan muka bersalah.
" Naufal pun nak minta maaf jugak sebab tak dapat tolong tadi." Kata Naufal pula yang duduk di seat sebelah.
" It's ok, I don't mind." Balas Hyfa dengan senyuman.
" Thanks sebab sudi maafkan kitorang. Love you!!" balas Hadziq dan Nuafal dengan senyuman versi pencair mereka.
' Kan best kalau semua pelajar macam mereka berdua ni.'
ABAIKAN TYPO!!😅😅
SORRY KALAU TAK BEST😭😭
YOU ARE READING
Faryn Hyfa (ON HOLD)
Teen FictionDijadikan sebagai anak angkat keluarga Tengku bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai dugaan yang dihadapi. Dihina,dimaki dan dicaci adalah perkara biasa. Hyfa tetap bersabar dan abaikan semua itu kerana ada cita-cita yang perlu dikejar. " Pe...