Chap 29 : Promise ✋

6.9K 283 17
                                        

"Mama, lambat lagi ke??" bebel Adam yang dari tadi lagi menunggu Hyfa yang sedang didandan oleh Datin Aini.

"Ishh, sabarlah kejap. Mama tak siap lagi dandan Hyfa ni. " protes mamanya. Datin Aini memang amat mementingkan kesempurnaan.

"Eleh, nak pergi raya event kat sekolah je pun. Tak perlulah nak dandan sangat."

"Mana boleh, everything have to be perfect even it just a simple event. Betul tak Hyfa??"

Hyfa hanya mengangguk setuju

"Yelah, cepat sikit." balas Adam pasrah. Kalau makin dilayan makin bising nanti.

Sudah seminggu berlalu sejak mereka pulang dari Kelantan. Nampaknya Hyfa lebih memilih untuk tinggal bersama Datin Aini.

Pada mulanya memang Hyfa membuat keputusan untuk tinggal bersama keluarga kandungnya tetapi apabila Datin Aini mula membuat muka berharap, Hyfa jadi simpati.

Tambahan pula apabila Adam tiba-tiba cakap...

'Aku harap kau akan buat keputusan yang betul.'

Terus Hyfa jadi tak sanggup. Kalau boleh dia tak nak menyusahkan Datin Aini lagi, namun apabila mengenangkan pengorbanan mereka sekeluarga terhadapnya terus timbul rasa bersalah.

Takkanlah nak tinggalkan Datin Aini sekeluarga tanpa sebarang penghargaan?? Paling kurang pun, dia mahu melihat Hyfa berjaya hingga ke menara gading.

"Dah siap??" tanya Adam apabila melihat Hyfa yang sedang turun tangga.

"Dah. Pergi cepat, kamu tu ketua pengawas!" bebel Datin Aini pula.

Adam menahan rasa. Tadi dia, yang dandan rambut si Hyfa tu lama sangat, lepas tu marah kat kita pulak?? Nasib baik mak sendiri, sabor jelah.

Hyfa naik ke audi milik Adam tanpa kata selepas bersalam dengan mamanya. Teringat kembali kenangan ketika mula-mula party night dulu.

Tapi yang bezanya hari ni siang. Party night tu malam. Dalam hati Hyfa dah berdoa agar Adam tak tinggalkannya di tepi jalan macam sebelum ni.

Hyfa dah siap-siap letak ip7 nya dalam sling bag. Takut-takut kena tinggal, boleh call Pak Mat terus.

Tapi alhamdulillah wa syukurillah Adam tak tinggalkannya. Hyfa langsung tak mendengar kata-kata sinis yang keluar dari mulut Adam. Kali ni yang aku betul-betul berharap yang Adam akan berubah sebelum aku tinggalkannya.

Audi Adam mula memasuki kawasan sekolah. Sampai sahaja di tempat parking, Adam berpaling memandang wajah Hyfa.

"Aku nak kau jangan sekalipun berpisah dengan aku. At least,  kau duduk sekali dengan 4T3S." arah Adam.

Hyfa mengangguk faham. Turutkan sajalah, tak pepasal balik nanti kena naik teksi pulak. Kan naya tu.

Hyfa masuk ke dewan yang akan berlangsungnya raya event bersama-sama Adam. Sekali tengok persis pasangan kekasih yang amat secocok.

Dengan pakaian mereka yang sama warna menambahkan lagi keserasian mereka berdua.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Faryn Hyfa (ON HOLD)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang