Chap 9 : Sean 💃

6.1K 259 2
                                    

Sambungan..

" Oopsy, sengaja." kata seorang pelajar dengan ketawa mengalahkan pontianak.

Ketawanya disambut pula dengan ahli geng nya yang lain.

" Tulah padahnya bila pandai nak menyusahkan orang." kata Iffah pula.

" Kau nie,sedarlah sikit kau tu siapa. Dahlah hanya kau satu-satunya pelajar biasiswa yang sesat masuk sekolah ni.

Kalau students SMK Kingston Silver tahu yang sekolah kita ada pelajar yang takde level macam kau, sumpah!! Malu satu sekolah weh!!" bebel Aqilah pula.

" Plus, lain kali tolong jangan nak susahkan orang boleh tak?? Disebabkan kau, satu kelas kena tengking.

Sebelum nie, kelas 3 Titanium tak pernah ditengking tahu tak?! Tapi disebabkan kau, kelas kita dapat malu!! Semuanya salah kau!" marah Mysa lalu menujal kepala Hyfa kuat sehingga menyebabkan kepalanya terhantuk ke meja.

Apabila Mysa and the gang keluar, Hyfa cuba untuk bangun perlahan-lahan.

Pinggangnya dipegang kuat. Sakit doe!! Rasa macam nak tercabut skru.

Hyfa mencapai purse yang berada dalam beg dan perlahan-lahan berjalan ke kantin walaupun pinggangnya masih sakit.

Selepas peristiwa gastrik hari tu, mama terus turunkan arahan supaya makan on time. Tak boleh sekali pun skip meal.

Jangan ingat Datin Aini tak garang. Sekali dia turunkan arahan, baik ikut. Dia ni mata-mata ada jer kat mana-mana.

Back to Mysa, sapa nak tahu kisah dia?? Angkat tangan.

K, takde sapa angkat tangan.

Ok, macam mana nak mula,eh?? Mysa or her full name is Tengku Fatin Maisarah.

Sorang lagi tu Tengku Aqilah and lastly Tengku Damia Iffah.

Entahlah kenapa diorang benci sangat dengan aku. Tak tahu salah apa, seriously!!

Author pun tak tahu!!

*****

Selepas siap membeli chicken burger and tropicana twister, Hyfa mencari gazebo kosong yang berada di sebelah blok C.

Setelah duduk di salah satu gazebo, pembalut burger dibuka dan burger itu digigit penuh nikmat.

But, something wrong right here and I'm fucking don't know what is that, actually.

Hyfa menghabiskan makanannya secepat yang boleh.

Setelah selesai, Hyfa bangun dan membetulkan baju kurungnya. And, guess what guys??

Ada sos tomato melekat di bahagian belakang baju kurung Hyfa. Atau lebih specific, di bahagian punggung Hyfa.

Dan ia betul-betul membuatkan Hyfa nampak macam budak yang tengah 'bocor'.

Hyfa mula terketar takut. Matanya sudah bergenang.

' Mama.. Macam mana nie??' Hyfa menggigit bibir.

Dan muncullah Mysa dari belakang gazebo.

" Wow.. Cantik juga 'kesenian' yang telah aku lakarkan kat kau" kata Mysa lalu ketawa.

Seriously, dia ni memang hidup untuk ketawa ke??

" Have a good journey." ucap Aqilah sinis.

Mereka bertiga berlalu.

Ni tak boleh jadi, rehat dah nak habis. Hyfa kena cepat ke bilik persalinan untuk menukar bajunya.

Hyfa berjalan perlahan tanpa menghiraukan sebarang pandangan jengkel daripada pelajar lain.

Faryn Hyfa (ON HOLD)Where stories live. Discover now