Sorry sangat-sangat sebab lambat update." Mama, Hyfa nak bawak bekal hari ni boleh?? Hyfa balik lambat sikit kot hari ni." Pinta Hyfa. Bolehlah dia simpan duit sikit.
" Boleh jer sayang. Nanti mama suruh Intan tolong letak lasagna dalam Tupperware. " balas Datin Aini dengan senyuman yang melebar.
Gembiranya tak terkira apabila melihat Hyfa yang makan dengan berselera sekali.
" Ma, Adam balik lambat sikit sebab ada perlawanan basketball hari ni." Kata Adam pula kepada mamanya.
" Really?? Lawan dekat mana??"
" Kingston Silver."
" Good Luck Adam. I wish your team will win the game."
" Thanks ma."
💣
Tamat sahaja sesi pembelajaran untuk hari itu, terus Hyfa mengemas beg untuk turun ke kafe.
Disebabkan Adam tiada di sekolah untuk hari ini,Hyfa terpaksa untuk pulang dengan menaiki bas.
Sampai sahaja di kafe, Hyfa mencari tempat duduk yang kosong. Bekas Tupperware yang berisi lasagna itu dibuka cermat.
Lasagna buatan Datin Aini dimakan dengan penuh selera. Selesai sahaja makan, Hyfa kembali bangun untuk ke singki.
Belum sempat kakinya menapak ke singki, bajunya ditarik dari belakang.
" Nak pergi mana hah budak malang??" Kata Mysa sinis.
Hyfa buat tak tahu dengan kata-kata Mysa.
" Wei!! Pekak ke!? Mysa tengah cakap dengan kau kan?!" Marah Iffa yang berada di sebelah Mysa.
" Nak apa??" Tanya Hyfa malas.
" Kenapa kau ni suka sangat eh cari pasal dengan aku?!?" Tengking Mysa.
Dahi Hyfa berkerut, setahunya, dia tak pernah ambil tahu apatah lagi nak cari pasal dengan budak sekolah ni.
"I didn't do something wrong right??" Tanya Hyfa polos.
" Kau apa?? Kau kata kau tak buat salah?? Aku peliklah dengan kau ni, muka buruk. Miskin pulak tu. Tapi kenapa ramai lelaki tergilakan kau eh?
Kau pakai bomoh eh?? Kau ni memang betina jalang kau tau tak!?" Ejek Mysa seraya menujal dahi Hyfa kuat.
" Nerd pulak tu!!" Iffa menambahkan perasa lagi lalu menarik spec milik Hyfa.
" Janganlah, tu spec Hyfa lah." Marah Hyfa dengan suara yang sudah naik seoktaf.
" Kau tengking aku?! Kau memang nak kena. Kau nak spec ni kan??" Kata Mysa lalu mengambil spec itu daripada tangan Iffa.
Hyfa menganggukkan kepalanya tanda 'Ya'.
" Ambil lah kalau kau boleh." Kata Mysa dengan senyuman sinisnya lalu pergi ke belakang kafe.
" Mysa!!! Bagilah balik!!" Jerit Hyfa lalu mengejar Mysa yang menuju ke belakang kafe.
YOU ARE READING
Faryn Hyfa (ON HOLD)
Teen FictionDijadikan sebagai anak angkat keluarga Tengku bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai dugaan yang dihadapi. Dihina,dimaki dan dicaci adalah perkara biasa. Hyfa tetap bersabar dan abaikan semua itu kerana ada cita-cita yang perlu dikejar. " Pe...