Chap 14 : Gelap █

5.6K 249 8
                                    

Author ada benda nak umumkan. Library yang ada dalam story ni adalah library ciptaan author.

K,sekian. Enjoy reading, kalau tak best commentlah. Kalau best, promotelah kat kengkawan yang lain. 😅😅😅

" Ermm..." Hyfa mula menggeliat perlahan.

'Gelapnya.. aku kat mana ni?' soal hati Hyfa.

Kenapa tempat ni macam lain macam sikit? Hyfa cuba untuk mengingati kembali perkara yang berlaku sebelum dia tertidur tadi.

Tadi aku baca buku dan sebab penat aku terus.....

Tertidur?!?!

Dengan berbekal cahaya yang telah terkumpul pada kornea mata ,Hyfa cuba untuk mencapai Iphone 7 goldrose yang berada di atas meja. Punat on ditekan.

' Fuhh!! Banyak nak mati missed call. Semuanya daripada Datin Aini dan ... Adam?? ' gumam Hyfa perlahan.

Hyfa melihat jam pada ip nya.

'Mak aii?! Dah pukul 8.45 p.m. Ingatkan baru pukul 6.00 p.m. '

Hyfa mula memerhati sekelilingnya. Gelap... dan seram. Hanya buku yang berada di sekelilingnya. Tiada satu pun manusia yang ada.

Hyfa mula memeluk tubuh. Sejuk pulak tiba-tiba ni, tadi sebelum tengok jam tak terasalah pulak sejuknya. Mama, nak buat apa ni??

Hyfa mula kekalutan. Takut..

" Mama.. hyfa takut, tolong lah Hyfa. Abang Adam.." air mata Hyfa mula menitis. Badannya mula menggeletar.

Pelbagai imaginasi hantu yang muncul dalam TV mula terlayar dalam minda Hyfa. Dahlah Hyfa ni penggemar horror story. Dari yang melayu, jepun ,mat salleh,siam semuanya dibedal Hyfa. Tak kisah langsung dengan apa yang menimpanya satu hari nanti.

Bila benda dah jadi macam sekarang baru lah nak menyesal. Hati Hyfa sudah disuntik dengan perasaan takut dan gementar. Hyfa menggigit bibir. Angin sepoi mula menderu di belakangnya.

Hyfa menutup matanya rapat. Celah mana pulak keluar anginnya, lagipun setahu Hyfa memang semua tingkap dalam library ni tutup. Yelah ,kan pakai air cond.

" Hihihihihihihihi.." bunyi 'sesuatu' yang mengilai membuatkan perut Hyfa mula memulas dan air matanya makin laju keluar .

" Jangan kacau aku!! Pergi kau dari sini, jangan dekat! Aku tak kacau kau pun.. tolonglah jangan kacau aku." Pohon Hyfa teresak. Hyfa tetap cuba untuk memberanikan diri untuk menghalau 'hantu' itu.

Ingatkan 'benda' tu akan pergi, tapi makin kuat pula hilaiannya. Hyfa menekup kedua telinga nya kuat. Ayat kursi dan 3-kul dituturkan sepanjang masa.

******

" Ni benda paling gila yang pernah aku buat sepanjang 17 tahun aku hidup." Gumam Naufal perlahan.

" Gila tak gila, kita kena cari jugak dekat sini." Balas Haniff pula sambil berjalan memasuki lobi library .

" Tulah pasal,penat kot aku pujuk pak guard supaya dia bagi kebenaran untuk masuk. Habis pokai duit aku." Bebel Hadzriq pula.

Siapa lagi yang nak bayar melainkan Hadzriq memandangkan dia je yang bawa wallet. Yang lain?? Hurm.. harem. Wallet yang sebesar buku nota 555 pun malas nak bawak.

" Banyak membebellah kau ni. Kau rasuah pak guard tu berapa ringgit? Nanti aku ganti, kau tak payah nak risau lah." Balas Adam pula.

" Tak payahlah, RM 500 je habis." Balas Hadzriq sambil garu kepala.

Faryn Hyfa (ON HOLD)Where stories live. Discover now