Chap 28 : The Truth 👼

6.1K 256 1
                                    


Setelah seharian menziarahi jiran tetangga dan sanak-saudara, semua penghuni rumah ini mula berehat di bilik masing-masing.

Saudara-saudara belah mama pun semuanya sampai selepas kami bersarapan pagi tadi. Alhamdulillah Hyfa diterima baik oleh mereka semua.

Hyfa baring di atas katil sambil merenung siling yang bercorak kontemporari di dalam bilik tersebut. Mungkin matanya sudah melekat pada siling, tapi fikirannya sudah melayang jauh memikirkan nasibnya sendiri.

Tahun ini adalah tahun pertama Hyfa beraya tanpa keluarga kandungnya. Tiada lagi umi, abah dan adik-adiknya yang menceriakan pagi raya.

Hyfa terpaksa menerima kenyataan bahawa keluarganya tidak lagi akan mendampinginya buat selamanya.

Tanpa sedar, air mata mula mengalir keluar. Hyfa mencapai salah satu bantal yang berada di atas katilnya dan menekup wajahnya bagi menghalang bunyi esakan dari didengari mana-mana ahli rumah ini.

Bahu Hyfa terhenjut-henjut menahan esakan. Dada berasa sesak apabila menahan esakan yang kuat.

"Hyfa sayang.. Kenapa ni??" tanya Datin Aini yang baru masuk. Niatnya ingin mengajak Hyfa minum petang, tetapi apabila mendengar esakan kecil gadis ini membuatkan dia terus meluru masuk.

"Mama.. " rengek Hyfa dengan air mata yang tak berhenti mengalir.

"Shhh, kenapa menangis sampai macam ni sekali??" tak pernah lagi Datin Aini melihat anak gadisnya menangis sebegini.

"Faryn nak umii.." pinta Hyfa dengan wajah yang makin memerah. Air mata masih setia mengalir tanpa memikirkan tuannya.

"Nanti kita pergi kubur umi dan abah Hyfa, ok?? Dah jangan nangis lagi sayang." pujuk Datin Aini sambil mengusap puncak kepala Hyfa.

Hyfa hanya mengangguk sambil menangis pada bahu mamanya. Akhirnya Hyfa tertidur dalam pelukan Datin Aini.

Datin Aini membaringkan Hyfa di katil.

'Mesti penat sangat ni.' gumam Datin Aini apabila melihat Hyfa yang sudah lena.

Setelah apa yang berlaku sebentar tadi, tahulah Datin Aini bahawa Hyfa sudah memendam perasaannya terlalu lama.


●▽●


"Mana Hyfa??" tanya Dato' Ahmad setelah isterinya selamat melabuhkan punggung pada kerusi di halaman rumah itu.

"Tidur." jawab Datin Aini sepatah.

"Kenapa ni?? There are something bothering you??" tanya Dato' Ahmad lagi apabila melihat riak keruh milik isterinya.

"Hyfa tu. Abang, kita pergi Kelantan esok boleh tak??"

"Kelantan?? Buat apa??"

"Melawat kubur parents Hyfa. Kita pun boleh berkenalan dengan keluarga kandung dia." cadang Datin Aini.

"Kenapa tiba-tiba pulak ni??"

"Takdelah, saya cuma kesiankan si Hyfa tu. Rindu sangat dengan umi dan abah dia. Lagipun sejak dia sedar dari koma dia langsung tak pernah lawat kubur parent dia. "

Dato' Ahmad mengangguk faham.

"Nanti saya fikirkan. Awak kemaslah barang-barang. Esok kita bertolak, pesan kepada Adam dengan Hyfa sekali."


●▽●


"Mama, kita nak buat apa kat Kelantan?" tanya Adam setelah mengetahui lokasi yang akan mereka tuju.

"Nak melawat saudara kita." jawab Datin Aini ringkas.

Hyfa pula dari mereka bertolak lagi berdiam diri. Hyfa ibarat di dalam dunianya sendiri.

Faryn Hyfa (ON HOLD)Where stories live. Discover now