Chap 18 : Histeria👻

6.5K 254 8
                                    


" Hyfa, bangun dah subuh ni." Kejut Fasha dengan sisa kantuknya.

" Ermm, Hyfa kan tak boleh solat..." gumam Hyfa mamai.

" Kalau period pun tetap kena pergi surau. Duduk kat luar je, Tuan Khai suruh." Ujar Fasha kemudian menguap luas. Tak senonoh betul minah ni.

" Yelah." Hyfa bangun kemudian menguak rambutnya ke belakang. Black Hoodie jenama HBA di atas coffee table dicapai lalu disarungkan ke badan. Mereka kemudian keluar bersama menuju ke surau.

Azan subuh dikumandangkan oleh Aiman. Suara merdu milik Aiman sayup-sayup kedengaran di telinga pelajar Kingston Gold. Kemudian ,ada beberapa pelajar berlalu mengambil wudu' dan ada jugak yang telah siap-siap untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.

" Pelajar yang tak boleh solat duduk dekat beranda surau." Arah Tuan Khai. Hyfa hanya mengangguk dan berlalu ke beranda surau sendirian. Fasha takde sebab dia tak period.

Kelihatan pelajar yang 'cuti' hanyalah Hyfa dan seorang senior form 5. Setahu Hyfa, senior tu namanya Farah. Akak ni famous lah jugak sebab dia ni antara budak yang termasuk dalam geng apa entah. Tapi yang pasti ahli-ahli geng tu semuanya gedik dan hilaian ketawa dia... Allah je tahu. Kuat mengalahkan Pontianak.

Suara Adam mengangkat takbir kuat mematikan lamunan Hyfa. First time, dengar suara Adam jadi imam.

'Untunglah siapa yang jadi bini dia, dahlah hensem. Putih, tinggi, suara sedap , ada agama , pakej memang lengkaplah. ' puji Hyfa dalam hati. Selepas tamat solat subuh, kuliah subuh diberikan. Nak tergelak adalah jugak sebab hampir 60% pelajar semuanya dah tersengguk macam belatuk.

            +

Hyfa dan Fasha menuju kearah kaunter makanan untuk mengambil sarapan mereka.

"Fasha tak kisah ke kalau makan sekali dengan Hyfa?? " Tanya Hyfa risau. Pandangan jengkel daripada pelajar lain membuatkan Hyfa menjadi tidak selesa.

" Fasha ok jelah, don't worry." Kata Fasha yakin. Dia tak pernah kisah pun pasal pandangan pelajar lain. Hidup ni bukannya untuk memuaskan hati orang lain. Lagipun mereka tak ada buat salah pun.

" Thanks Fasha." Kata Hyfa tersenyum senang. Mereka berdua berjalan menuju ke meja kayu yang kosong untuk diduduki.

" Eh, tengoklah tu. Fasha pun dah terjebak dengan budak perampas tulah. Dahlah budak tu miskin , tak sedar diri pulak tu. Kesiannya, bodoh tak bertempat." Ujar Emilia sinis. Geng Emilia semua dah mula mengetawakan Hyfa.

" Korang ni dah kenapa nak gelakkan orang tak tentu pasal?! Aku doa biar masuk hantu nanti tak pasal-pasal." Bentak Fasha.

"Fasha, biarlah dorang tu. Buat tak tahu jer." kata Hyfa ingin menenangkan Fasha yang dah mula panas.

" Jangan bagi muka sangat Hyfa. Nanti Hyfa yang kena pijak." Kata Fasha tak puas hati.

" Takpelah." Hyfa masih lagi bertenang.

" Hahaha, nak melawan ke?? Baik tak payah lah. Nanti kalau aku saman kau kesian pulak tak boleh nak bayar." Tambah Emilia lagi.

" Budak ni memang dah melampau!!" Jerit Fasha lalu bangun ingin meluru kepada Emilia. Tapi sempat dipegang oleh Hyfa.

Emilia memang dah lama jadi musuh sejati kepada Fasha.

" Fasha!! Cukuplah tu." Tegur Hyfa.

Fasha mendengus kuat. Kalau Hyfa takde ni, memang Emilia dah lama arwah.

Faryn Hyfa (ON HOLD)Where stories live. Discover now