Chap 12 : Library 📗

6.3K 247 1
                                    


Novel-novel yang dari bahasa melayu ke english semuanya berselerak di atas sofa yang Hyfa duduki.

Headphone masih terpasang di telinga. Novel Percy Jackson di tangannya ditutup setelah buku itu habis dibaca.

Kemudian novel itu diletakkan bersama longgokan buku yang lain.

" Huh! Boringnya..." keluh Hyfa sambil membetulkan lehernya yang lenguh kerana lama tunduk.

Habis segala novel yang ada dalam mini library dibaca. Sekarang hanya tinggal buku business milik papanya.

Takkanlah dia nak baca buku business, memang tak ah!!

Tok!Tok!

" Yes?" Hyfa menyahut dari dalam bilik.

" Hyfa, Datin panggil untuk turun makan tengah hari." panggil maid nya.

" Ok, Hyfa turun kejap lagi."

Hyfa terus mengemas segala buku-buku yang berada di atas sofa yang didudukinya itu.

Setelah siap, Hyfa turun ke dining room. Hyfa berjalan terjengket-jengket ; ingin mengejutkan Datin Aini.

Adam yang berada di hadapan mamanya hanya diam- malas nak melayan.

" Bahh!!" jerit hyfa dengan memegang bahu Datin Aini secara tiba-tiba.

" Eh mak kau!!" latah Datin Aini.

" Hahaha.." Hyfa hanya ketawa sambil membuat peace.

" Hishh Hyfa nie, terkejut mama tahu tak?"

" Hehe, sorry ma. Saja jer nak main-main dengan mama."

" Dahlah, duduk cepat. Kita dah nak mula makan ni." arah Datin Aini.

Hyfa terus duduk. Santapan yang dihidangkan di hadapannya membuatkan dia meneguk liur.

Nafsu makan Hyfa dah mula melonjakkan.

Hari ini Datin Aini menyediakan seafood.

Ada siakap tiga rasa, asam pedas, sotong celup tepung dan butter prawn.

" Yummy, mama sedapnya mama masak." puji Hyfa dengan eyesmile nya.

Memang tak dinafikan,masakan Datin Aini memang super duper marvelous.

Semua masakan di rumah ini ialah daripada air tangan Datin Aini.

Walaupun mempunyai maid, namun dia tidak pernah khilaf akan tugasnya dalam menjaga keperluan suami dan anak-anaknya sebagai seorang ibu dan isteri.

" Ermm,mama.. Boleh tak kalau Hyfa nak keluar hari nie? Hyfa nak pergi perpustakaan negara boleh?"
matanya dikelip-kelipkan ; supaya Datin Aini cair.

" Kenapa, Hyfa ada nak beli buku ke? Kalau nak, mama boleh masukkan duit lebih dalam account Hyfa untuk bulan ni."

Adam yang berada di hadapan Datin Aini sudah memberikan jelingan maut kepada Hyfa.

Adam memang cukup tak suka bila mamanya manjakan Hyfa dengan wang.

" Eh, takdelah mama. Hyfa nak pergi sana sebab saja nak tengok -tengok tempat tu. Mesti besar kan?" kata Hyfa berpura-pura teruja.

Padahal dalam hati, dah takut sangat dengan pandangan maut yang diberikan oleh Adam tadi.

" Suka hati Hyfa lah kalau macam tu."

Mata Hyfa mula bersinar apabila mendapat kebenaran dari mamanya.

" But, with one condition."

Faryn Hyfa (ON HOLD)Where stories live. Discover now