Hyfa sedang sibuk menyiapkan homework yang baru sahaja diberi sebentar tadi. Sekarang ialah waktu rehat.Dia bukannya tak nak makan sebab diet or malas nak ke kantin,tapi sebab puasa sunat.
Apa??Hari ni hari Khamis,ok.
Hyfa yang sedang khusyuk menyiapkan homework dikejutkan dengan ketukan di pintu kelasnya.
Mukanya terus diangkat memandang ke pintu memandangkan hanya dia seorang yang tinggal dalam kelas.
" Yes, what can I do for you??" tanya Hyfa sopan.
" Senior nak jumpa kau kat gazebo sebelah blok E." jawab budak lelaki itu mendatar.
Hyfa cuma mengangguk sebagai balasan dan budak tu hanya berlalu pergi begitu sahaja.
Nametag warna biru, means budak form 1. Tapi serious, budak ni memang tak de adab.
Jap, aku rasa satu sekolah ni layan aku macam tu.
Why?? Sebab budak sekolah ni adalah anak-anak dato',datin, tan sri, puan sri dan segala gelaran yang sewaktu dengannya.
Tapi aku. Ya, hanya aku Faryn Haifa Maisarah dianggap oleh semua pelajar kat sekolah ni bahawa aku adalah pelajar yang dapat scholarship dan langsung tak layak untuk menjejakkan kaki di sekolah ternama ini sama sekali.
Aku hanya mengeluh perlahan sambil mengenangkan nasib aku yang memang... entahlah nak cakap apa.
Sepanjang perjalanan ke blok E, macam-macam benda yang singgah menerawang tentang apa yang akan berlaku sebentar lagi.
Blok E adalah blok form 5 manakala Blok C adalah untuk form 3.
" Senior mana pulak yang nak jumpa aku dan apa yang dia nak??" pelbagai persoalan mula muncul di benak Hyfa sehingga hampir tidak perasan bahawa dia sudah sampai di blok E.
3 gazebo mewah di hadapan blok E diperhatikan lama. 1 daripadanya telah diduduki oleh sekumpulan lelaki, or should I call jejaka??
Selama sebulan berada di SMK Kingston Gold cukuplah untuk buat dia tahu bahawa itulah jejaka-jejaka yang diceritakan oleh Rayyan masa dia mula-mula menjejakkan kaki di sekolah ini.
Ya.. Mereka ialah forty-tri-es dan ketuanya ialah ketua pelajar sekolah ni.
Siapa lagi kalau bukan Tengku Adam Zafran , abang angkat aku. Tak,aku salah. Dia tak pernah pun mengaku yang aku ni adik angkat dia.
Sedang aku mengelamun,tiba-tiba hujung lengan baju ku ditarik oleh seorang lelaki yang beruniform biru.
Kakinya menuju ke arah forty-tri-es yang berada di gazebo. Ditarik sebegini saja dah buat jantung aku nak terkeluar dari rusuk.
Cepat-cepat hujung lengan ku cuba ditarik kembali tapi malangnya dia bergerak lebih pantas dengan mencengkam lengan kanan ku.
Apabila aku betul-betul berada di hadapan gazebo, semua perbualan dan gelak tawa yang muncul dari mulut forty-tri-es serta merta mati.
Ok, awkward. Sangat.
Hyfa mula blur. What should I do?? Mulut pun dah terkunci. Wajah-wajah milik forty-tri-es dipandang dengan mata terkebil-kebil.
Dan wajah Adam yang memerhatikannya dengan pandangan tajam menyapa halwa mata Hyfa.
Lama mereka dalam keadaan sedemikian sebelum Hyfa membuka mulut kekok.
" A.. Abang Adam nak apa??" tanya Hyfa gagap. Mana tak gagapnya kalau kena tenung macam nak terkam jer??
" Kau dah kenapa gagap tiba-tiba?? Kitorang ni handsome sangat ke sampai jadi cacat macam tu?" tanya Adam sinis.
YOU ARE READING
Faryn Hyfa (ON HOLD)
Novela JuvenilDijadikan sebagai anak angkat keluarga Tengku bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai dugaan yang dihadapi. Dihina,dimaki dan dicaci adalah perkara biasa. Hyfa tetap bersabar dan abaikan semua itu kerana ada cita-cita yang perlu dikejar. " Pe...