"Hyfa jaga diri elok-elok tau kat sana. Jadi isteri yang baik; jangan lawan cakap suami, tau??" pesan Datin Aini kepada menantunya.
Perasaan sedih di dalam hati cuba untuk tidak dihiraukan.
"Insyaallah ma.." balas Hyfa dengan senyumannya. Dia perlu berpisah dengan wanita ini sekali lagi buat sementara waktu.
"Jomlah, Jacob dah sedia tu." ujar Adam menamatkan drama sebabak antara mama dan isterinya.
"Hyfa pergi dulu tau mama, Assalamualaikum." ucap Hyfa sambil bersalam dengan Datin Aini.
Adam juga turut sama menyalami tangan ibunya.
"Adam jaga Hyfa elok-elok tau?? Kalau mama tahu ada perkara buruk yang berlaku disebabkan oleh Adam, siaplah kamu!" pesan Datin Aini tegas.
"Yelah mama. Adam yang kahwin, Adam akan bertanggungjawab. I promise." ucap Adam yakin.
"Good, that's my boy." kata Datin Aini sambil mengusap kepala Adam.
"Ma, stop it. I'm not a kid anymore. Adam dah kahwin dah pun." gerutu Adam tak puas hati apabila mamanya melayan dirinya seperti anak kecil.
"Adam tetap akan jadi kid kepada mama walaupun Adam dah jadi suami orang, remember that young boy."
"Yelah, I'm your boy. Oklah, we're need to go. Kirim salam pada papa tau, Assalamualaikum. "
Mereka berdua melambai ke arah Datin Aini sebagai tanda perpisahan buat sementara waktu.
🐤
Adam dan Hyfa memasuki private jet milik Dato' Ahmad itu bersama-sama.
Tanpa kata Hyfa terus ke arah sit belakang sekali. Memandangkan jet ini ialah private jet, jadi tiada manusia lain yang akan menumpang selain Hyfa dan Adam.
"Kenapa kau duduk belakang??" tanya Adam dengan kerutan di dahi.
"Ermmm, saja." jawab Hyfa bersahaja.
"No, you can't sit there. Come here, duduk sebelah aku." ajak Adam.
"Takpelah, abang duduk jerlah kat situ, Hyfa stay kat belakang." ujar Hyfa memberi alasan.
Kalau boleh dia memang tak nak duduk dekat sedikit pun dengan manusia yang bernama Adam Zafran. Bukannya apa, dia takut dia akan makin ter'jatuh cinta' kepada Adam.
Nanti dia yang akan makin merana. Lagipun dia tahu, Adam bukan cintakannya sepenuh hati.
"I said sit here!!" ujar Adam dengan nada yang semakin tegas.
"O—Ok, Hyfa duduk sebelah abang." Hyfa mula mengalah apabila melihat wajah tegang milik Adam.
Hyfa menuju ke arah Adam dan melabuhkan punggungnya di sebelah Adam.
Suasana mula menjadi canggung apabila mereka hanya senyap; langsung tidak mengeluarkan sepatah kata.
Adam sibuk dengan PSP di tangan. Hyfa pula hanya diam tak berkutik; hampir mati ke'boring'an. K, melampau 😜
Perlahan-lahan mata Hyfa mula terasa berat dan akhirnya melabuhkan tirainya. Adam berpaling ke sebelah apabila bahunya terasa berat.
Senyuman kecil mula terbit pada wajah kacak itu apabila melihat wajah comel Hyfa yang sudah terlelap.
Rasa macam tak percaya apabila gadis di sebelahnya ini sudah sah menjadi isterinya. Memang langsung tak disangka gadis yang paling dibencinya suatu ketika dahulu sudah menjadi antara wanita yang terpenting buatnya.
YOU ARE READING
Faryn Hyfa (ON HOLD)
JugendliteraturDijadikan sebagai anak angkat keluarga Tengku bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai dugaan yang dihadapi. Dihina,dimaki dan dicaci adalah perkara biasa. Hyfa tetap bersabar dan abaikan semua itu kerana ada cita-cita yang perlu dikejar. " Pe...