6 Februari 201_
"Allahurabbi, sakit nya kepala.." keluh Hyfa.
Dia cuba untuk membuka matanya lerlahan-lahan. Cahaya yang masuk ke retina mata membuatkan matanya berkelip-kelip.
Setelah mata boleh dibuka sepenuhnya, Hyfa pandang sekeliling .
Bau ubat..
Ni,hospital ker?? Tapi kenapa nampak macam hotel,seriously!! Ada peti sejuk, TV lcd ,aircond. Katil pun katil queen.Set sofa pun nampak mewah.Memang boleh kata selesa giler weh.
Tiba- tiba seorang wanita yang berpakaian jururawat masuk.
"Cik Hyfa dah sedar?? Baguslah. Nama saya Nadia. Panggil je Kak Nadia. I'm your personal nurse" sapa Kak Nadia dengan muka yang manis.
" Hai... Kak Nadia, Hyfa dekat hospital ke sekarang nie??? Kenapa nampak macam hotel. Umi mana???" tanya Hyfa bertubi-tubi.
" Hyfa dekat hospital sekarang. Pasal umi Hyfa..." Kak Nadia menggigit bibir;resah memikirkan apa yang patut dijawab kepada gadis ini.
"Kak Nadia.. Kenapa nie,mana umi??" tanya Hyfa dengan muka tertanya-tanya.
" Tak..Takde pape sayang.Akak panggil doktor dulu ya??" Kak Nadia berlalu keluar.
Kenapa dia nampak macam nak mengelak??
Seketika kemudian masuk pula seorang doktor lelaki.
Dia juga turut melemparkan senyuman kepada Hyfa." Hyfa macam mana, rasa sakit dekat mana-mana tak??" tanya doktor hensem tu.
Cehh,, sempat lagi kau Hyfa. Biarlah, tapi dia memang handsome pon.
"Tak, cuma lenguh badan ngan sakit kepala sikit." terang Hyfa.
Doktor itu menganggukkan kepalanya.
"Doktor.. Mana umi saya??" tanya Hyfa kepada doktor itu pula.
Doktor itu tersenyum seraya menggosok perlahan kepala Hyfa.
"Jap lagi dia datang ya??" kata doktor itu seolah-olah memujuk Hyfa.
Hyfa angguk dengan muka innocent.
Pintu ward terbuka lagi dan terjengul pula muka seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an.
" Hyfa dah bangun??" katanya dan menuju ke arah Hyfa.
Doktor dan nurse beransur keluar.
" Aunty nie... siapa ya?? Kawan umi ker?" tanya Hyfa.
Betul ke kawan umi,?? tapi kenapa tak pernah kenal pon.
" Tak, aunty bukan kawan umi Hyfa." jawab aunty tu tenang.
" Ermmm... Aunty tahu tak umi mana, dari tadi lagi Hyfa tunggu.." rengek Hyfa.
Aunty itu senyap seketika dan menghela nafas berat. Tak sanggup rasanya nak hapuskan senyuman yang sudah terukir di bibir gadis itu.
"Aunty harap Hyfa bersabar dengan berita yang akan aunty sampaikan kejap lagi" aunty berjeda.
Jantung Hyfa mula beregup laju. Kenapa rasa macam akan dapat berita buruk nie??
"Umi Hyfa dan semua ahli keluarga Hyfa dah tak de" kata aunty berat.
'DUMM' rasa macam ada batu jatuh atas kepala Hyfa.
Betul ke apa yang aku dengar nie??
"Tak.. Aunty tipu Hyfa kan?? Mesti umi ada menyorok kat mana-mana,kan?? Umi!! Umi keluarlah, umi dah menang." jerit Hyfa dengan senyuman palsu.
YOU ARE READING
Faryn Hyfa (ON HOLD)
Novela JuvenilDijadikan sebagai anak angkat keluarga Tengku bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai dugaan yang dihadapi. Dihina,dimaki dan dicaci adalah perkara biasa. Hyfa tetap bersabar dan abaikan semua itu kerana ada cita-cita yang perlu dikejar. " Pe...