"Baiklah, itu sahaja untuk hari ini. Jangan lupa untuk serahkan surat kebenaran kepada penjaga dan hantarnya esok. Remember, no excuses." pesan Cikgu Khalid sebelum keluar daripada kelas.Semua pelajar kelas 3 Titanium mula mengemas peralatan masing-masing ke dalam beg. Begitu juga Hyfa.
Selepas siap mengemas, Hyfa berlari anak menuju ke parking lot dan mencari audi milik Adam.
Mungkin dulu Hyfa selalu dipandang sinis dan keji kerana dianggap sebagai pelajar biasiswa. Tetapi, setelah Datin Aini memunculkan diri pada mesyuarat PIBG minggu lalu membuatkan semua pelajar mula menutup mulut.
Namun status Hyfa dan Adam sebagai adik-beradik angkat masih belum diketahui oleh pelajar SMK Gold Kingston. Ramai yang menganggap mereka berdua sebagai couple kerana mereka sering kelihatan bersama.
Tambahan lagi apabila 4T3S mengisytiharkan bahawa Hyfa ialah princess mereka, makin ramai yang percaya bahawa Hyfa adalah kesayangan Adam.
Nak tahu pasal Emi??
Dia dah pindah sekolah. Mungkin sebab takut dengan Faqih kot. Entahlah, author sendiri pun tak tahu.
Apabila sampai, Hyfa terus masuk dan duduk di seat sebelah driver.
"You're late 10 minutes, lady. " tegur Adam tegas.
"Hehe, sorry. Tapi rasanya Hyfa tak lewat pun." ujar Hyfa tak puas hati lalu mengerling ke arah jam tangan jenama Baby G nya sebelum matanya mula membulat apabila melihat jarum jamnya.
"Hehe...." Hyfa mula menggaru leher dan tersengih seperti kerang busuk.
"Apa hehe?? Ingat cantik buat macam tu??" tanya Adam sinis sambil menjongketkan keningnya tanda annoyed dengan perbuatan Hyfa.
"Jam Hyfa tiba-tiba 'ting tong' mati." terang Hyfa.
"Macam-macamlah kau ni." ujar Adam lalu mula memandu keluar dari perkarangan sekolah.
Hyfa mula termenung. Sekarang Adam dah tak macam dulu ; dah boleh dibawa bergurau. Kadang-kadang kata-kata dia ada yang lawak, ada yang sinis.
Tapi satu jer yang Hyfa paling perasan. Jangan kacau dia masa dia tengah moody. Memandangkan sekarang dah bulan 8, memang exam around the corner membuatkan Adam stress ditambah lagi dengan masalah pelajar tingkatan 6 yang mula tunjuk belang.
Masa dia tengah stress, semua benda yang dibuat memang tak akan kena depan mata dia even kau hanya senyap tutup mulut sekalipun. So, better kau get out of his face kalau tak nak kena tengking dan maki.
Untuk seketika kemudian, perut Hyfa mula terasa panas. Dia lupa bahawa dia tidak menjamah makanan sejak pagi tadi. Kalau Datin Aini tahu ni, memang berbakul-bakullah bebelan yang akan diterima oleh Hyfa.
Hyfa mengusap perutnya perlahan.
'Nanti sampai rumah kita melantak ya, perut? ' pujuk Hyfa kepada perutnya.
Hyfa mengangkat muka memandang jalan sebelum dahinya mula berkerut.
"Abang Adam, ni bukannya jalan untuk balik rumahkan?? Atau, rumah kita memang ada jalan lain?? " tanya Hyfa pelik.
"Kita tak balik rumah lagi." jawab Adam datar.
"Abang nak bawa Hyfa pergi mana??" ujar Hyfa mula cemas. Adam nak jual dia dekat siam ke??
No!!! Tiba-tiba dahinya dijentik oleh Adam tanpa sedar.
"Auchh!! Sakitlah Abang!"
"Kau tak payah nak fikir bukan-bukan boleh tak?! Kau ingat aku ni jantan tak guna ke?!"
YOU ARE READING
Faryn Hyfa (ON HOLD)
Novela JuvenilDijadikan sebagai anak angkat keluarga Tengku bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai dugaan yang dihadapi. Dihina,dimaki dan dicaci adalah perkara biasa. Hyfa tetap bersabar dan abaikan semua itu kerana ada cita-cita yang perlu dikejar. " Pe...